Tahun Melawat Malaysia 2014

Malaysia. Sebut je nama negara kita yang tercinta ini, pasti tak ada seorang pun yang geleng kepala mengatakan tidak tahu atau tidak kenal akannya. Semua orang tahu Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mendapat perhatian tinggi dalam sektor pelancongan selain sektor-sektor yang lain.


Shakira pernah berkongsi mengenai tempat menarik untuk bulan madu dalam blog picisan ni. Sila klik mana-mana entry di bawah :


Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 nanti, hari ini Shakira nak kupas balik salah satu tempat secara terperinci hasil daripada lawatan perkongsian ilmu ke laman sesawang yang lain tentang Kembara Selangor Mendamaikan :)

  1. Pantai Morib, Banting

Secara peribadinya, Shakira sendiri pernah menjejakkan kaki ke Pantai Morib ini. Pantainya cantik dan tidak terlepas daripada mendapat peluang kunjungan yang tinggi. Ianya sesuai benar dengan pengunjung dari arah Kuala Lumpur untuk merehatkan diri kerana jaraknya yang tidak berapa jauh dan tiada bayaran masuk dikenakan.

Pantai Morib ini terletak di daerah Kuala Langat. Perjalanan untuk sampai ke Pantai Morib dari Kuala Lumpur adalah melalui Jalan Persekutuan atau pun melalui North Klang Valley Expressway via Klang. Dari Klang, teruskan perjalanan sehingga Banting sebelum tiba di Pantai Morib.

Untuk sampai ke Pantai Morib melalui bas, kita cuma perlu menaiki bas Kuala Lumpur ke Banting dari Stesen Bas Lama Klang. Setibanya di Banting, kita boleh samada menaiki bas Sepang ke Morib atau pun menyewa teksi di perhentian teksi bersebelahan dengan perhentian bas di Banting. Kemudahan yang terdapat di Pantai Morib termasuklah juga sebuah pentas serbaguna, gelanggang gasing, padang bola sepak pantai, gerai-gerai makan dan Pusat Pelancongan Darul Ehsan (DETC). Shakira juga pernah berbuka puasa di deretan kedai makan yang disebutkan, sambil menjamu mata dengan turunnya matahari yang indah.



Sumber : Majlis Daerah Kuala Langat

7 comments:

Farah Waheda Wahid said...

topik SEO terhangat buat masa sekarang ni... ^_^

Deqla Manjew said...

byk tmpt menarik kat malaysia.. byk lagi yg akk x lawat lagi sebnrnya nih.. hihi.. so kalo nak bercuti, pilih tmpt2 kat malaysia je la. ;)

Huny eda said...

byklagi tempat yg blm saya pergi ni kat Malaysia

Vee said...

kat morib boleh mandi tak ?

Yumida Huda said...

1st time dgr pantai morib
tringin la nak ke situ shakira

BUNDA a.k.a KN said...

Bunda pun tak habis lagi round ketempat2 menarik kat Malaysia ni..

adrianna syaz said...

Tak pnh sampai kesini jugak..menarik ni. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013