Tak Salahkan?

Tadi tergerak hati ni nak tengok balik entry-entry yang berkaitan segmen or giveaway yang Shakira join. Saja nak tengok balik, baca-baca dan senyum sendiri. Masuk satu blog ni nampak entrynya berkaitan satu giveaway, Shakira ada join. Tengok-tengok dah ada keputusan. Keputusannya di post pada awal bulan 9. Sekarang dah bulan berapa? 10 dah :(

Shakira ok lagi, baca punya baca tengok lagi bawah nama Shakira ada menang! Menang topup RM10. Shakira pun cek balik email, komen-komen dalam blog. Mana tau Shakira terlepas pandang mengenai keputusan dah keluar. Tapi Shakira tak jumpa dan memang sah Shakira tak dapat apa-apa link bahawa keputusan dah keluar.

Ok Shakira cepat-cepat send details pada sponsor topup tu, but sedih sampai sekarang tak ada respon. Hmm sedih tau. Kita ni manusia biasa. Dalam dunia maya ni, siapa lagi nak sokong kita kalau bukan blogger juga? Kita tolong awak masuk join segmen giveaway bagai yang awak anjurkan. Tolong meriahkan dan meramaikan apa yang awak anjurkan. Tapi kenapa susah sangat untuk awak bagi feedback balik pada semua peserta mengenai hala tuju keputusan?

Mungkin ada yang akan cakap, ala topup je pun Shakira. RM10 je pun. But tu hadiahkan? Hadiah sebagai penghargaan seseorang blogger datang dan joinkan diri support antara blogger. Salah ke tinggalkan link pada peserta, bagitahu update terkini? SALAH KE? Bukan semua blogger guna widget bloglist tau.

Shakira sendiri pun kalau anjur segmen, Shakira bagitahu semua peserta update terkini. Sebab Shakira tak nak masing-masing terlepas pandang dan peluang. Pernah ke Shakira tak tinggalkan link pada korang semua yang join segmen Shakira? Tak pernahkan? Pada yang tak menang pun Shakira update link pada dorang tau. Sebab Shakira rasa tu tanggungjawab seorang penganjur.

Masih menunggu respon sponsor topup tu. Maaf entry terlalu panjang, sekadar luahan dan pembaikian sikap sesama kita rakan maya :(

10 comments:

Yumida Huda said...

yumida sokong kenyataan shakira
sbg penganjur diorg bertggjwb inform pd pemenang..bg tempoh masa utk buat tuntutan..jika xde tuntutan terpulang pd penganjur utk buat step apa lg

yumida kengkdg rs nak buat entry mcm tajuk shakira ni..takut yg lain terasa pulak..tp ye la..seharusnya sebgai penganjur bende mcm ni x blh dipandang sebelah mata

hargai penyertaan peserta
kalau rasa terlalu ramai pemennag dan malas nak inform kesemuanya..penganjur kena inform pd pemennag yg x bg respon mcm kes shakira ni..

moga penaja hadiah tu segera memberi respon pd mesej shakira..all d bez k

Vee Lea said...

Vee pun ada menang hadiah, menang perfume. Tu bulan 6 or 7 yang lepas tp sampai hari ni tak sampai2.. Hee. Sabar je lah, kalau rezeki datanglah dia nanti :D

Princess Feyqa said...

Fiqa byk kali terkena.. bust contest Dan meaning tp dog x update kt Kita.. cmne Kita nk tahu? Dan la kdg2 kite x on9

Huny eda said...

alar..sedihnya..sabar k..heeee

Huny eda said...

follow u dear

Asha Lya said...

sabar ya shakira...isyallah ada juga rezeki tu.

trah zain said...

hmm,, mmg ptot dy kena keep contact dgn yg menang, tp kalau senyap agak tak ptot la,,, kot2 nanti dy contact kot, kot2 dy busy,,hehe

Nadya Dyana said...

betul2. sponsor mesty la ada rasa tanggungjawab terhadap pemenang sebab dia yang akan bagi. klik2 sini :)

PakcikLie PCL said...

buat sesuatu kena ada rasa tanggungjawab, jgn bagai melepas batuk di tangga je kan shakira. kita buat segmen, pilih pemenang dan kita mahu dia tahu yg dia dah menang....a'ah macamlah susah sangat nk infom..klik2 je pon.

Nadia Johari said...

tu la..kadang-kadang sedih kalau dah menang tapi tak dapat habuannya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013