Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Cerita Raya Ketiga

Cerita Raya Pertama
Cerita Raya Kedua

Masih kat Jengka. Best sangat sebab ada saudara yang datang bawa durian. Musang King pula! Selera sungguh. Huhu pagi-pagi dah pekena durian.


Ada ikan patin. Huhu nak masak tempoyak tau, my favourite dish. Petai pun ada dibuat ulam. Ikan patin tu ada separuh buat masak asam pedas. Memang terangkat masakan kampung ni kan? Shakira pun tolong-tolong masak lepas tu makan tengahari ramai-ramai. Memang syok. Lepas habis, syok juga kena basuh pinggan yang berlambak. Haha.


Lepas makan kitorang pun gerak pulang ke Mempaga balik. Huhu lepaslah rindu dengan saudara di Jengka tu. Malam tu aktiviti kitorang ialah menggulung sapu tangan Good Morning sambil pekena kopi panas. Hehe.


Actually, minggu depan sepupu Shakira nak nikah. Wah nak jadi isteri orang weh. Hehe tu yang alang-alang dah balik raya kitorang rewang sekali siapkan apa yang patut. Sapu tangan ni tujuannya untuk diberi pada orang yang nak masak-masak masa hari majlis perkahwinan tu nanti :)

Cerita Raya Kedua

Cerita Raya Pertama

Lepas Zohor kitorang gerak ke Jengka, nak beraya rumah saudara kat sana pula. Sebelum tu snap jap! Hehe.

Wan Shakira pun ikut masa tu. Naik satu kereta dengan kitorang satu family, nasib baik yang hero-hero tak ikut. Jadi muatlah Wan nak duduk dalam Exora abah. Huhu. Wan ni mak kepada mak Shakira tau :)

Raya kedua yang ringkas. Bye!

Cerita Raya Pertama

Raya pertama tak ada apa sangat pun. Huhu. Pagi bersiap-siap macam orang lain juga. Bergambar, makan dan bersalaman sesama ahli keluarga.


Tengahari lepas Zohor baru kitorang gerak ke kampung di Felda Mempaga, Pahang :)


Singgah solat Asar kat surau berdekatan kampung tu juga. Snap lagi satu keluarga ni. Hehe.


Sampai kampung pun dah nak petang, kitorang rehat je kat rumah sambil berborak dengan saudara-mara yang ada. Huhu tema baju raya kitorang tahun ni COKLAT MILO + NESCAFE. Haha habis cerita :)

Salam Syawal 2013 By Shakira





Di kesempatan ni, Shakira nak ucapkan Salam Syawal 2013 kepada :
  • Abah 
  • Mak 
  • Adik-adik tersayang 
  • Saudara mara yang dekat dan yang jauh 
  • Guru-guru dan warga pendidik 
  • Rakan-rakan zaman Tadika Kemas Puchong 
  • Rakan-rakan zaman Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana 
  • Rakan-rakan zaman Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana
  • Rakan-rakan zaman Sekolah Menengah Teknik Selangor Sungai Buloh
  • Pelatih dan jurulatih PLKN Kem Etnobotani Gua Musang Kelantan
  • Rakan-rakan zaman Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
  • Jiran-jiran kat Puchong dulu 
  • Jiran-jiran sekarang di Klang
  • Rakan-rakan Facebook, Blog dan Twitter
  • Rakan-rakan A&W IOI Mall Puchong
  • Rakan-rakan Giant Bukit Tinggi Klang
  • Rakan-rakan tenaga pengajar Pusat Tuisyen Infitah Shah Alam
  • Rakan-rakan Ryotomas (M) Sdn Bhd
  • Rakan-rakan Voyage Logistics International (M) Sdn Bhd
  • Saudara seagama serata dunia

Semoga Syawal tahun ni memberikan 1001 keberkatan di atas kemenangan kita menahan hawa nafsu selama berpuasa di Ramadhan yang baru saja pergi meninggalkan kita. InsyaAllah amin :)

Sebelum Cerita Raya Bermula

Biar gambar random ni yang bercerita ya :)


Menu
  1. Kuah Kacang Berdaging
  2. Rendang Ayam
  3. Nasi Impit

Apa? Nak resipi? Hehe nanti tunggu Shakira salin and confirmkan dulu dengan mak Shakira ya. Haha.

Till then :)

Terima Kasih Emas Putih

Dapat kad raya ni sehari sebelum raya. Masa sibuk tolong mak masak kat dapur, adik yang bongsu menjerit kata ada kad raya untuk Shakira. Hehe tengok-tengok kad raya daripada blogger Emas Putih.


Malam tadi lepas sampai dari kampung baru ada masa nak snap. Jauh terbang kad raya ni tau, dari Sabah berdasarkan cop dekat setem. Hehe cantik pula tu kadnya! Ada gambar tuan blogger, comel je. Hehe thanks a lot wahai Emas Putih :)

Salam Aidilfitri.

Resipi : Roll Bread With Cheese

Direct to cara buat :)


  1. Sekeping roti yang dilenyek bagi nipis sikit (Shakira guna cawan je)
  2. Letakkan sekeping cheese
  3. Letakkan pula sosej
  4. Bancuhkan tepung gandum dengan sedikit air (sebagai bahan lekat)
  5. Gulungkan roti yang sudah siap dan lekatkan hujungnya menggunakan bancuhan tepung gandum tadi
  6. Goreng roti sehingga garing
  7. Belah dua roti untuk melihat cheese yang mencairkan diri :)
  8. Sedia dihidang untuk santapan
Selamat mencuba!

Resipi : Agar-agar Triffle Kuning

Tetap nak credit to Sheila walaupun Shakira tukar resipinya jadi resipi bantai sendiri. Hehe.

Direct to cara buat :)

  • Potong kek swiss roll mengikut saiz yang dikehendaki dan ratakan di dalam loyang
  • Masukkan 3 sudu tepung kastad, 1 sudu gula, 1 tin susu cair dan 1 tin air masak ke dalam periuk kosong
  • Gaulkan bahan tersebut di atas api sederhana sehingga pekat/likat
  • Tuang ke atas kek swiss roll di dalam loyang dan ratakan
  • Seterusnya taburkan buah laici yang telah dibelah dua
  • Sementara itu, cairkan sedikit agar-agar di dalam periuk kosong bersama sedikit air dan pewarna kuning telur
  • Cairkan bahan tersebut di atas api sederhana
  • Masukkan 1 sudu gula dan gaul sehingga agar-agar mencair
  • Tuang ke atas taburan buah laici tadi
  
  • Siap dan sejukkannya di dalam peti ais sebelum dimakan











Selamat mencuba :)

Sogo - Pertama Complex - Jalan TAR - Menara MARA

Tengah bersiap kat rumah, snap dulu :)



Sementara tunggu train. Hehe pun boleh! Thanks abah sebab sudi hantarkan kitorang semalam kat KTM Klang. Semalam abah birthday boy tau. Moodnya baik gitu :)





Berjuta umat manusia sungguh dalam musim-musim nak raya ni kan? Pening betul kepala nak mencari barang. Apa pun demi adik-adik, ku gagahkan jua. Ceh. Hehe.


Keluar masuk Sogo, tak ada yang berkenan plus manusia yang ramai membuatkan diri masing-masing rimas. Haha. Then adik kata nak tengok-tengok fon, masuklah syurga gadget Pertama Complex pula.


At last, Jalan TAR juga lokasi beli-belah yang membuatkan kitorang jumpa apa yang kitorang nak. Haha even panas terik, dengan tekak yang sangat haus. Puasa, so kena sabarlah tengok jualan air dan makanan. Hehe jenuh juga Shakira pujuk adik-adik yang mula meronta nak buka puasa. Huhu. Tapi dalam-dalam haus tu, ada hati juga nak karaoke. Shakira pun bawalah :)




Apa-apa pun yang wajib kitorang tak lupa. Alhamdulillah :)


Dan Alhamdulillah juga, kitorang ada rezeki jumpa selebriti buat jualan hari raya di Menara MARA. Ada Siti Nordiana, Syura, Lan Kristal, Anita Baharum dan ramai lagi. Huhu jangan jeles!



Sebelum buka puasa di McD Menara MARA ni, kitorang snap lagi walaupun masing-masing dah letih berjalan. Huhu.


Hehe menggila tengok makanan. But alhamdulillah Shakira berjaya buat adik-adik tak berjaya buka puasa masa letih cari barang :)


Sebelum azan, masing-masing nak snap lagi. Huh tak jemu, semuanya hantu snap!





Alhamdulillah semalam dari pukul 11 pagi keluar rumah, 11 malam kitorang sampai rumah. Haha ngam2! En. Hamdan nak ikut juga sebenarnya, tapi dah last minit cuti tak approve. Haha tak apalah. Shakira puas hati sebab niat nak bawa adik-adik beli barang raya kat Jalan TAR tu tercapai. Selama ni pergi sana tak pernah bawa adik-adik. Entah kenapa, niat tahun ni :)

Ops lupa pula! Adik Shakira sorang lagi Angah tak dapat join sebab dia still kat Johor tengah praktikal. Haha jangan jeles Angah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013