Sistem Faraid

Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut Istilah Syarak pula, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak dengan pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh Syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah :
  1. Tanah
  2. Bangunan (rumah)
  3. Barang kemas (emas, perak, dll)
  4. Insurans dan wang tunai (samada dilaburkan atau tidak)
  5. Binatang ternakan (kambing, lembu, unta, kerbau, dll)
Terdapat 15 ahli waris dari pihak lelaki dan 10 ahli pihak perempuan yang utama dan layak menerima harta pusaka.

Waris dari pihak lelaki adalah seperti berikut :
  • Anak lelaki
  • Cucu lelaki dari anak lelaki
  • Bapa
  • Datuk
  • Saudara lelaki seibu sebapa
  • Saudara lelaki sebapa
  • Saudara lelaki seibu
  • Anak saudara lelaki dari seibu sebapa
  • Anak saudara lelaki dari seibu atau sebapa
  • Bapa saudara seibu sebapa
  • Bapa saudara sebapa
  • Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa
  • Sepupu dari bapa saudara sebapa
  • Suami
  • Hamba sahaya
Jika kesemua waris di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu :
  • Bapa
  • Anak lelaki
  • Suami
Waris dari pihak perempuan pula adalah :
  • Anak perempuan
  • Cucu perempuan dari anak lelaki
  • Ibu
  • Nenek sebelah ibu
  • Nenek sebelah bapa
  • Saudara perempuan seibu sebapa
  • Saudara perempuan seibu
  • Saudara perempuan sebapa
  • Isteri
  • Petuan perempuan bagi hamba sahaya
Jika kesemua waris di atas wujud, maka hanya lima orang sahaja yang layak iaitu :
  • Anak perempuan
  • Cucu perempuan dari anak lelaki
  • Ibu
  • Saudara perempuan seibu sebapa
  • Isteri
Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris berikut :
  • Bapa
  • Ibu
  • Anak lelaki
  • Anak perempuan
  • Suami / Isteri

Sumber : SISTEM FARAID

Shakira & Denggi Part 1

19 Julai 2013
Masa ni Shakira ada dekat office, pagi masuk macam biasa je perasaannya. Macam biasa sengal dengan officemate, borak-borak bagai. Hati seronok sebab bos macam tak masuk je gayanya masa dia call pagi tu *hantu betul.

Tiba-tiba satu badan rasa sejuk. Sejuk tambah seram tau! Huhu dont know why. Mula-mula buat bodoh je, Shakira pergi slowkan aircond. Tapi setengah jam kemudian tu, tak ada kesan positif pun. Makin sejuk rasanya satu badan. Shakira pun cakap kat officemate yang Shakira nak tidur jap kat bilik fail.

Kipas langsung Shakira tak ON dalam bilik fail tu, tapi sejuknya bukan main. Macam tidur bawah hujan! Hehe. Shakira tengok jam dah nak tengahari, mata berat kepala pun berat sangat. Minta officemate ambilkan secawan air suam. Ok! Terpaksa buka puasa masa tu sebab betul-betul tak larat.

Lepas pukul 2.30 petang, minta abah datang office. Shakira memang tak tahan sangat masa tu, nak balik sangat-sangat. Bos pula tiba-tiba sampai, sabar je la padahal pagi tadi Shakira dah macam excited ingat bos tak masuk. Huhu nak tak nak buat muka seposen juga, tapi memang Shakira sakit betul ya. Hehe alhamdulillah bos bagi balik :)

Motor Shakira biar je kat office, sebab dah minta adik Shakira ambil bila dia balik kerja petang tu. Shakira pun balik dengan abah dengan rasa lega sebab dapat jumpa mak *Shakira kalau sakit, memang akan bertambah sakit kalau tak jumpa mak. Hehe kantoi.


20 Julai 2013
Mak suruh Shakira mandi, siap-siap. Tengok kat tepi katil, mak dah siap bungkus-bungkus baju seluar Shakira. Shakira memang dah agak, mesti abah mak nak bawa pergi hospital sebab nak melawat adik Shakira sekali. Dia dah kena tahan wad dulu dari Shakira, dua tiga hari sebelum kalau tak silap. Sama juga dengan kes denggi.

Dalam kereta, memang minta doa tak nak denggi sebab memang Shakira dah tahu nanti kena tahan wad ambil darah masuk air semua. Takut! Yes Shakira penakut jarum. Huhu. Lepas pendaftaran kat Hospital Besar Klang selesai, Shakira dimasukkan ke Zon Kuning.

Pergh! memang ramai gila orang masa tu. Macam-macam kes Shakira tengok. Ada yang nak cek darah macam Shakira (suspek denggi), ada yang tangan luka parah sebab mercun, ada yang nak buat operation. Macam-macam gaya ada, tapi masa tu Shakira buat hal sendiri je.

Cek tekanan darah Shakira memang rendah, 60 je. Cuba lagi sekali masih juga rendah, 66 macam tu. Sah Shakira terpaksa tidur wad masa tu. Dalam Zon Kuning tu juga airmata Shakira ni mengalir tahan sakit. Sebab apa? Sebab apa lagi kalau bukan sebab ambil darah, untuk sahkan denggi atau tak. Hmm mula-mula cucuk kanan, tak dapat. Urat kecil katanya, tak berapa nampak. Tukar pula tangan kiri, alhamdulillah dapat darahnya. Tapi sakitnya Allah je tau :(


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013