Ya, hari ni entry yang ke-100 Shakira publish dan semalam 4 haribulan September 2013 genap 3 bulan Shakira membebel kat layar blog ni :)
Hehe. Tak ada apa sangat yang Shakira nak cakap, cuma nak cakap terima kasih kepada semua blogger yang sentiasa support blog Shakira yang belum setahun jagung pun ni. Terima kasih juga pada 279 follower yang sudi follow blog buruk Shakira setakat ni.
Bagi Shakira, berblog adalah satu anugerah terindah dari Allah. Lebih-lebih lagi bagi penulis dan pembebel tegar. Hehe. Di samping dapat berkongsi ilmu dan pendapat, kita juga dapat berkenalan secara tidak langsung. Bila kat luar, dah boleh tegur. Kan best gitu. Huhu.
Oklah, tu je Shakira nak taip hari ni :)
Sumber gambar : GOOGLE
Keluarga Shakira
Ni kes tak nak susahkan orang lain tolong snapkan gambar. Snap sendiri nilah hasilnya. Haha sikit je frame masuk.
Last-last mak Shakira cakap "Meh sini mak snapkan.." haha mengalah Shakira akhirnya.
Hehe masa ni Shakira berdiri atas sofa tau. Semata-mata nak snap gambar dengan family's photo ni. Tapi kenapa dalam gambar tu Shakira macam tembam semacam je. Haha :)
Ahli keluarga Shakira semuanya ada 8 orang. Nak kenal dengan ahli keluarga Shakira tak? Nantilah kalau Shakira rajin, Shakira buatkan entry review seorang demi seorang ya.
Puas hati dapat juga bergambar! Thanks mak! Bye :)