Suka Hati Kau Je Nak Paksa Aku Unfollow !

Tajuk di atas sangat menunjukkan tahap bengang yang ada dalam diri ni sekarang. Bengang dengan siapa? Huhu dengan blog nilah. Entah kenapa tak boleh follow blogger lain lagi. Katanya Shakira dah follow lebih dari 300 blog. Adakah benar kewujudan undang-undang macam tu? Aduh habis tu macam mana?

 

Katanya kena pilih mana-mana blog yang Shakira follow, then jadikan unfollow. Asal pula? Mana boleh macam tu, tak sampai hatilah. Macam mana ni? Tolonglah Shakira. Please help me. Huhu.

Blogger Sheila dah tunggu dah Shakira follow blognya! Tu salah satu syarat untuk melayakkan blog kesayangan ni direview. OMG! Hmm mungkin tak ada rezeki Shakira kot Sheila. Alahai sedih melanda jiwa :(

Tak ada mood, bye!

Idea Bulan Madu : Pahang Destinasi Percutian Tanah Tinggi

Berbulan madu di tanah tinggi semakin popular dan sering menjadi pilihan kita. Keindahan bunga-bunga dan tumbuhan palma mencuri tumpuan. Bukan sahaja panoramanya yang indah, malah suhu persekitarannya juga cukup dingin terutama di waktu malam. Manakala di waktu pagi, suasana kabus putih memukau pandangan kita. Antara satu destinasi yang boleh menjadi pilihan ialah :

  • Little England Bukit Fraser
Jika ingin merasakan seperti bercuti di England, Bukit Fraser adalah pilihan paling tepat. Terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, kawasan peranginan tanah tinggi ini menawarkan pengalaman bercuti yang istimewa.

Dengan puncak tertinggi iaitu 1280 meter dari paras laut, lokasi menarik untuk kita lawati adalah tertumpu di tengah-tengah bandar berdekatan dengan manara jam. Selain itu, tidak salah kiranya kita menyempurnakan aktivitu bulan madu dengan mengunjungi tempat menarik seperti bermain golf, menaiki kuda mahupun bersiar-siar di Taman Allan's Water serta bermandi-manda di Air Terjun Jeriau.

 

 

 

 

Dapatkan honeymoon package yang disediakan oleh mana-mana agensi pelancongan sekarang! Selamat bercuti :)

Sumber Info : Majalah Pesona Pengantin Edisi Disember 2012
Sumber Gambar : GOOGLE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013