Jumpa Isnin Depan :)

Hai semua :)

Ok saja nak bagitahu, hari ni Shakira kerja halfday tau. Lepas lunch ni nak pergi cucuk HIV. Hehe faham-fahamlah life B2B nak kena buat preparation bagai. Oh busy! Kononlah busynya. Huhu.

Esok dan lusa pula Shakira off kerja. Why? Rahsia. Haha nanti dah setel baru Shakira bagitahu ya. Ni Shakira bagi hint ataupun klu apa aktiviti Shakira sampaikan kena cuti kerja :)


Wahh sedapnya kek, kreatif betul ya buat bentuk kamera. Tabik! Huhu korang dapat teka tak apa aktivitinya melalui gambar ni? Ala, tak payah susah-susahlah teka. Nanti Shakira bagitahu ok?

So Shakira tak dapatlah nak jalan-jalan ke blog korang selama cuti ni, sebab kat rumah tak syoklah online pakai handphone. Kecik, pening kepala nak mengadap. Nak PC juga baru selesa. Hehe tunggu isnin ya Shakira masuk office balik. Kita ketemu di ruangan blog, akanku gerakkan jariku untuk menari-nari di atas papan kekunci. Haha ayat!

Untuk yang nak join Segmen Komen Berpantun By Shakira tu, ada masa lagi ni. Sabtu (28/9/2013) dah tamat. Setakat ni ada 19 pantun yang Shakira dah terima, terima kasih sokong Shakira. Tepat sabtu Shakira publish semua komen yang berpantun ya. En Hamdan tu tak sabar-sabar nak memilih pemenang. Haha. InsyaAllah tak ada aral melintang, Selasa atau Rabu depan Shakira umum pemenang ya :)

Bye :)


Sumber gambar : GOOGLE

3000 SLE Supporters Giveaway

Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5

3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, CikkMira

Tamat 24 Oct 2013, 12malam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013