Resipi : Kuih Keria / Gelang

Direct to cara buat ya :)
  • Buang kulit 6 ketul/biji ubi keledek merah (ada orang kata ubi keledek putih lebih sedap)
  • Basuh bersih2 dan rebus sehingga lembut (ada orang cakap kukus lebih menolong kemanisan keledek kekal)
  • Letak sedikit garam ketika merebus
  • Selesai rebus, tos dan lenyekkan satu persatu sehingga hancur/lumat
  • Masukkan 1 cawan tepung gandum pada ubi keledek yang telah dilenyek tadi (jangan terlalu banyak, takut kuih keras) dan uli sehingga menjadi doh yang sebati
  • Uli bentuk bulat berlubang di tengah
  • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga garing
  • Tos dan ketepikan sebentar




  • Masukkan gula dan satu cawan air ke dalam satu periuk kosong
  • Cairkan gula tersebut sehingga pekat/likat
  • Tuang perlahan2 ke atas kuih keria yang siap digoreng
  • Tunggu sehingga gula mengeras
  • Angkat satu persatu, susun ke dalam pinggan kecil
  • Siap untuk dimakan

Selamat mencuba! Bye

Projek 100 Bloggers

Projek 100 bloggers dikendalikan oleh Bro Framestone dalam mengumpulkan 100 bloggers Malaysia yang mampu diketengahkan kepada beberapa syarikat yang sudi mengiklan di 100 blog terpilih.

Keterangan lanjut, klik sini

Bersama2 memartabatkan dunia penulisan maya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013