Shakira & Denggi Part 2

Baca sini dulu :)

21 Julai 2013
Hari Ahad. Macam biasa start dari masuk wad tu, 1 hari mesti kena amek darah 4 kali. Kalau digodek-godek tapi urat tak membantu, dicucuknya lagi. Huhu tahap kesabaran memang menggunung sangat masa kena tahan wad pasal denggi ni tau! Doktor-doktor semua ok, tapi adalah seoarang dua yang tengah praktikal. Dicucuknya tangan Shakira ni, cari darah tak dapat-dapat. Disodok ke kiri, ke kanan pula. Senyum jelah mampu, ikut hati rasa nak lepuk je. Haha.

Alhamdulillah ramai saudara yang datang melawat Shakira dan adik masa tu. Tapi maaflah gambar tak ada dalam simpanan Shakira. Semua keluarkan gadget masing-masing sebab nak ambil gambar artis tengah sakit ni. Hehe so artis ni pun lupa nak minta transfer :)

22 Julai 2013
Dah hari Isnin, perasaan nak balik memang membuak-buak. Tapi tengok tekanan darah tak tinggi-tinggi pun, sabar je. Dalam hati berzikir je pada Allah sebab nak balik sangat, tak mampu nak tahan sakit dengan jarum lagi.



Air kosong, air 100 Plus dah berbotol-botol Shakira telan. Rasa nak muntah pun ada, sebab perut penuh dengan air je. Tapi apa nak buat, tu je ubat untuk pesakit denggi. Hehe doktor datang tanya dah minum belum. Minum banyak tak. Kencing hari ni berapa banyak, buang air besar ok tak. Tu je soalan dia yang buat rasa kepala ni tak mampu nak angguk lagi. Tapi alhamdulillah pagi tu, ada satu doktor datang buka jarum yang besar kat tangan kanan Shakira ni. Dia kata dah tak payah masuk air lagi. Syukur sangat.

Makan memang tak ada selera langsung. Makanan yang disediakan pihak hospital pun Shakira tengok je, tak mampu nak telan walaupun sikit. Huhu mak datang bawa anggur, roti dan macam-macam. Hehe tu pun Shakira usik sikit je. Tunang datang bawa bubur McD dan coklat cadbury, Shakira telan jugalah sebab dah ala-ala mengidam. Sampai adik-adik Shakira yang datang malawat pesan, kalau Shakira tak habis bagi dorang. Haha macam-macam!

Malam tu lepas result darah keluar, doktor sahkan yang Shakira perlu cucuk semula jarum dan masuk air. Ya Rabbi, kalau korang nak gelak dipersilakan ya. Tapi malam tu Shakira menangis merayu kat doktor tu yang Shakira tak nak masuk air lagi. Shakira sorokkan tangan Shakira tau! Haha rasa macam budak-budak sangat masa tu. Tapi serius mati-matian Shakira kata tak nak walaupun doktor tu paksa juga!

Tak lama lepas tu datang satu lagi doktor, dia pujuk dan suruh Shakira minum air dengan lebih banyak lagi kalau tak nak kena masuk air. Shakira sanggup ok! Haha Shakira minum sebanyaknya. Shakira tak rela tangan ni sakit dicucuk lagi. Kalau ingatkan balik memang terasa malu, tapi apa nak buat. Sakit woi! Huhu.

Sistem Faraid

Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut Istilah Syarak pula, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak dengan pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh Syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah :
  1. Tanah
  2. Bangunan (rumah)
  3. Barang kemas (emas, perak, dll)
  4. Insurans dan wang tunai (samada dilaburkan atau tidak)
  5. Binatang ternakan (kambing, lembu, unta, kerbau, dll)
Terdapat 15 ahli waris dari pihak lelaki dan 10 ahli pihak perempuan yang utama dan layak menerima harta pusaka.

Waris dari pihak lelaki adalah seperti berikut :
  • Anak lelaki
  • Cucu lelaki dari anak lelaki
  • Bapa
  • Datuk
  • Saudara lelaki seibu sebapa
  • Saudara lelaki sebapa
  • Saudara lelaki seibu
  • Anak saudara lelaki dari seibu sebapa
  • Anak saudara lelaki dari seibu atau sebapa
  • Bapa saudara seibu sebapa
  • Bapa saudara sebapa
  • Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa
  • Sepupu dari bapa saudara sebapa
  • Suami
  • Hamba sahaya
Jika kesemua waris di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu :
  • Bapa
  • Anak lelaki
  • Suami
Waris dari pihak perempuan pula adalah :
  • Anak perempuan
  • Cucu perempuan dari anak lelaki
  • Ibu
  • Nenek sebelah ibu
  • Nenek sebelah bapa
  • Saudara perempuan seibu sebapa
  • Saudara perempuan seibu
  • Saudara perempuan sebapa
  • Isteri
  • Petuan perempuan bagi hamba sahaya
Jika kesemua waris di atas wujud, maka hanya lima orang sahaja yang layak iaitu :
  • Anak perempuan
  • Cucu perempuan dari anak lelaki
  • Ibu
  • Saudara perempuan seibu sebapa
  • Isteri
Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris berikut :
  • Bapa
  • Ibu
  • Anak lelaki
  • Anak perempuan
  • Suami / Isteri

Sumber : SISTEM FARAID
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013