I Am Back

Rindunya kat korang. Rindunya kat blog ni. Shakira dah kembali. Seronok tak? Haha.

Ada ke yang menanti kemunculan Shakira di pentas blog ni? Hehe gaya tanya dah macam artis mak ni nak :)

Ok, Shakira penat. Penat sangat. Mood nak kerja hari ni pun dah betul-betul ke tengah laut. Bukan takat boleh rendam main air dengan kaki je.

Bila dah terlalu letih, macam ni jadinya. Merapu, merepek. Shakira nak rehat sekejap. Boleh?

Segmen pantun memantun dah tamat. Pemenang pun En Hamdan dah pilih. Nombor tiga je dia serahkan pada Shakira untuk decide, konon beri laluan buat organizerlah tu. Good. I love you En Hamdan! Haha.

Tapi sedih. En Hamdan dah pulang ke kampung halaman. Berjauhan lagi dengan Shakira kat sini :(

Alamak! Sedih rindu tu memanglah. Baru teringat, hadiah belum beli lagi. Aiyo! Wahai pemenang, kamu nak hadiah apa? Hehe.

Oklah, Shakira penat letih lemah malas sebu lemau. LAPAR!!

Segmen Komen Berpantun By Shakira

Amaran : Entry sticky post sehingga 28 Sept 2013. Sila ke Blog Archive untuk entry baru.

Untuk kali kedua Shakira lancarkan segmen sejak lahir dalam dunia blog ni. Tapi segmen kali ni agak istimewa sebab kamu semua diajak berpantun. Apa yang perlu dipantunkan? Ok baca syarat-syarat di bawah.

  • follow blog Shakira ni (tiada paksaan)
  • tak payah buat entry, cuma komen dalam kotak komen di bawah menggunakan pantun
  • tak kisah pantun 2 kerat, 4 kerat atau 6 kerat (jangan bersyair sajak ya!)
  • 3 peserta yang memberi komen pantun paling menusuk kalbu, akan dikira sebagai pemenang yang mana akan menerima cenderahati setiap seorang
  • pemilihan pemenang akan diadili oleh En Hamdan a.k.a my tunang :)
  • segmen tamat 28/9/2013 (sabtu)

Simplekan? Tak susah mana pun, cuma nak kena perah idea kreatif je. Good Luck!

*semua komen yang berpantun akan Shakira publish bila tamat segmen ya :)

**TAMAT**
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013