M2B : Cerita Hamil

Wahh last entry blog ni bertarikh 16 June 2014. Haha hari ni dah 25 September 2014. Berapa bulan hamek kau bersawang, dah lama gila tak berdating dengan blog kesayangan hamba ni :)

Alhamdulillah kandungan Shakira dah masuk 31 minggu 1 hari :) Jom check it out perjalanan kehamilan Shakira by trimester ya!

Trimester Pertama

Bila period lewat dalam 3 hari, jasad ni dah excited nak cek upt sendiri. Maklumlah, semalamnya dah siap2 suruh En Hamdan belikan kat 7 Eleven :) Shakira guna brand apa ya, dah lupa. Alhamdulillah kencing je cepat je double line tu naik. Mula2 tu konon tak nak tengok, jeling2 je pakai hujung mata. Haha poyo gila! Last2 redho je, terus rasa nak melompat. Masa tu En Hamdan kerja pula, terpaksalah simpan lompat bintang tu sikit tunggu dia balik kerja nak bagitahu. Hehe.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Shakira tak alami muntah yang teruk masa awal mengandung dulu. Apa yang Shakira makan tak keluar balik. Cuma loya je. Bila loya cepat2 cakap kat En Hamdan yang Shakira nak muntah. Tiap kali masuk bilik air, tak muntah pun. Hehe yang keluar air macam air masam.

Masa awal2 ni memang Shakira rasa malas je badan. Kerja rumah pun berat je nak buta, En Hamdanlah yang setelkan bila dia balik kerja. Huhu kesiannya dia! Alhamdulillah dapat suami yang mudah faham :). Dari segi pemakanan pula, Shakira tak nak makan nasi dan paling tak percaya Shakira tak suka makan ayam. Haha padahal ayam tulah favourite Shakira tau! Macam tak sedap je tengok nasi dengan ayam masa tu. Tapi nasi tu Shakira makan jugalah, paksa walaupun sikit sebab MIL pesan kena makan juga. Jangan dilayan sangat. Hehe. Keadaan macam tu berterusanlah sampai kandungan masuk ke trimester kedua.

Ops lupa! Shakira buat buku merah tu masa bulan ke-3 kehamilan. Alhamdulillah everything was ok.

Trimester Kedua

Masuk je bulan ke-4 hamil, everything was changed. Hehe Shakira tiba2 rajin. Kerja rumah jangan cakaplah, hari2 I mop rumah U. Masak pun sama. Habis je lauk, mesti rasa nak masak je. Suka betul main masak2 kat dapur tu :) Alhamdulillah senyum En Hamdan pun manjang jelah ke telinga :p

Muntah masih tak wujud, loya yang Shakira cakap keluar air masam tu pun dah hilang serta merta. Pendek kata, masa kandungan masuk 4 bulan ni memang tak rasa macam mengandunglah. Ligat je. Alhamdulillah bagus anak mama ni ya. Hehe :)

Trimester Ketiga

Ha masuk je 7 bulan hamil hari tu, zapppp berubah balik macam awal2 dulu. Serius mata ni memang ajak tidur je, nampak katil bantal semua duk melambai. Hehe seram pula taip gitu :)

Tapi tulah, orang kata nak hujung2 ni tak elok rehat sangat tapi tak elok juga kalau terlalu ligat. So2 jelah ya! Shakira memang susah nak tidur malam sampailah hari ni tau, sebab kandungan makin besar. Serius tak selesa nak tidur. Lena tu cuma khayalan jelah. Hehe.

Baby dalam perut mama ni aktif betul, suka kacau mama lagi2 waktu malam. Serius. Tapi Shakira layankan jelah, Rasa tertakjub dengan kehadiran nyawa yang Allah tiup dalam rahim ni. Tiba2 rasa sebak pula :( Hari ni macam Shakira cakap tadi dah 31 minggu 1 hari. Minggu depan nak masuk 32 minggu dah, hampir 8 bulan. Cepatnya masa berlalu, makin tak sabar rasanya hati ni nak jumpa amanah Allah ni :)

Barang2 baby alhamdulillah setakat ni maybe dalam 80% dah beli, walaupun orang cakap sepatutnya 7 bulan dah kena standby segalanya tapi Shakira tak nak kalut2 sangat. Shakira pasrah redho je, hari2 nasihat kat baby tunggu mama beli barang habisdulu baru keluar tau! Haha boleh macam tu?

En Hamdan pula makin tak sabar, faham perasaan dia. Macam Shakira jugalah, bakal jadi mama and papa. Hehe kejap lagi ada appointment scan kat klinik. Doakan segalanya berjalan lancar ya, dan doalah sekali baby dalam perut ni tunjuk anu dia! Hehe bebird ke flower?? Jeng3! Kita tunggu dan lihat ya. InsyaAllah.

Oklah, tu jelah kot setakat ni nak membebel. Bye :)


*Nah Shakira belanja tepek 1 gambar mak buyung yang main mengembang, lagi2 tang hidung! Haha masa ni 5 bulan Shakira hamil, raya hari tu kalau tak silap.

5 comments:

Sheila Salim said...

assalamualaikum mama kyra! rindu awak.. alhamdullilah. jaga diri bebaik. Adam tak sabar tgu kawan dia keluar ~~~

Princess Feyqa said...

Klu akhir kehamilan tu mmg sama ng fiqa kuat tidur. Myb time tu cuti sem tu yg suka tidur sbb xtau keje apa nk buat hehe

Bie said...

Tahniah shakira.. moga semua berjalan lancar.. amin.. hehehe.. take care

Unknown said...

hi,
nice entry.
sekarang mesti dah bersalin kan. boleh share cerita pengalaman bersalin pulak kan?

anyway, boleh jemput singgah blog saya. http://umminuma.blogspot.com/

salam perkenalan ye

ieta mat sa'ad said...

Assalamu'alaikum. Apa khabar? Moga Sha dan anak² sihat ya ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013