Contest Blogger Jejaka Jambu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Shakira ucapkan kepada semua. Wahh dah macam masuk pertandingan bahas gamaknya ni :) Ok lets my fingers menari-menari di atas keyboard. Huhu today Shakira nak join satu contest yang dianjurkan by the jejaka that very-very the jambu from blog.lime.my. Oh Englishku!

Korang klik je banner nun hujung atas kanan blog Shakira ni. Then bila dah masuk situ mata korang automatik akan membesar dengan galaknya. Haha sebab dok meneliti hadiah-hadiah yang disediakan. Ni mata Shakira ni tengah keluar masuk ni atas bawah dengan spring sebab kesentapan hadiahnya. Mak aihh! Gempak woo!


For me, owner of blog.lime.my yang datang dari Selangor ni sangatlah kreatif orangnya dan berimaginasi yang tinggi. Shakira suka blogwalking dekat blognya even baru je jadi follower tak sampai beberapa minit tadi. Huhu bangga tau sebab Shakira dapat jadi follower yang ke-100 dalam blog gempak ni. Suka! Tapi tadi mungkin sistem down jap, Shakira tengok Shakira follower ke-102 pula. Hmm tak kira nak juga jadi yang 100. No way!

Entry yang paling memikat jiwa dan kalbu ni ialah entry yang diconteng pada 11 Jun 2013 bertajuk Tips Menyusun Atur Blog Anda. Korang terjahlah entry tu juga, memang sesuai dengan blogger yang baru merangkak dan jatuh balik macam Shakira ni. Tak rugi belajar sesuatu ilmu yang mungkin kita dah sedia maklum, tapi dengan niat untuk selongkar lagi ilmu tu pasti sikit sebanyak kita dapat impaknya. Huhu ala-ala pensyarah tak?

Then lagi satu entry yang Shakira suka gila-gila punya ialah entry pada 7 Julai 2013 bertajuk Lukisan 3D Yang Menakjubkan. Fuhh mula-mula tengok macam pening lalat sikit, then lalat dah terbang bawa diri terus ok and mulut ni kata wow! Huhu cantik semua lukisannya, macam betul je lukisan tu tertembus antara kertas. You know what, I am salah seorang yang minat lukisan juga tau. But tak lah sehebat mana macam lukisan yang dihasilkan oleh Ramon Bruin tu. Sekadar melukis dan kalau tak cantik baling dalam tong sampah tu bolehlah. Hehe.

Atte apa tunggu lagi? Moh le kita kojekan contest ni ramai-ramai. Huhu dah kenapa loghat perak masuk ni? Hentamlah labu, yang penting jantung Shakira sekarang dup dap dup dap menaip entry ni. Tujuan tak pasti lagi kenapa jadi macam ni, mungkin sebab dok fikir owner of the blog that very the jambu tu akan senyum tak dengan entry Shakira ni. Or menyampah rasa nak debik je Shakira laju-laju. Oh no! Huhu.

Ok semua syarat-syarat dah Shakira laksanakan dengan jayanya. Amin. Korang tunggu apa lagi tu? Cepatlah buat tarian jari di atas keyboard. Huhu. Tarikh tutup contest ni pada 11/08/2013 jam 11.59 pm ya. Bye!

Artikel ini ditaja oleh : Contest Blogger Jejaka Jambu

Shakira & Denggi Part 3

Baca sini dulu :)
Shakira & Denggi Part 1
Shakira & Denggi Part 2

23 Julai 2013
Yeah! Pagi yang sangat best! Tidur malam tadinya pun tersangatlah lena. Haha semua gara-gara doktor dah janji yang Shakira boleh keluar pagi tu. Pagi-pagi juga doktor yang semalam nak cucuk Shakira semula tu datang bawa result darah, dan buat pemeriksaan tekanan darah untuk kali terakhir sebagai pengesahan. Rasa nak melompat je dari atas katil tu bila doktor kata confirm Shakira boleh check out. Huhu. Seronok sangat Allah je tahu.


Pagi-pagi Shakira dah berkemas tau. Pergi wad adik, dia pun dapat good news yang sama. Huhu senang untuk mak abah juga, ambil kitorang sekali terus. Betul tak?


Call abah bagitahu dah boleh balik sekali dengan adik. Mak abah sampai hospital kalau tak silap pukul 11 pagi macam tu. Tanya nurse tu berapa nak kena bayar, kononnya Shakira nak standby la pergi cucuk duit kat ATM luar. Hehe rupanya free je. Tak payah bayar untuk pesakit denggi. Huhu alhamdulillah!

Sebelum tali kat pergelangan Shakira ni dipotong, Shakira salam jiran-jiran sebelah katil. Rasa sayu pula tiba-tiba menyerang. Lagi-lagi akak sebelah katil Shakira tu sakit teruk. Otaknya dijangkiti kuman. Masa Shakira mula masuk, dia dah dua minggu kat dalam wad. Kesian dia. Shakira harap akak tu kuat dan cepat sembuh.


Tamat sudah kenangan Shakira menjadi pesakit denggi di Hosptial Besar Klang selama 4 hari :) Alhamdulillah sekarang dah sihat dan boleh bekerja macam biasa. Adik Shakira pun sama, dah pergi sekolah macam biasa. Amin. Huhu tapi rasa janggal pula dah seminggu tak masuk office, bila dah masuk bos suruh isi form cuti untuk raya. Haha a lots of cuti jawabnya, tak apa Annual Leave sedia membantu :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013