Bacalah Wahai Kaum Adam, Kenalilah Wanita !

Wanita !
Hebatnya kaum wanita sehinggakan seluruh dunia meraikannya. Seorang wanita saat mendapat berita tentang kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan sehingga dia menitiskan airmata. Tidak pernah terlintas difikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal melahirkan zuriat yang comel ke dunia.

Wanita !
Hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan seluruh badannya terasa lemah dan hilang kudrat. Dia mampu tersenyum. Tidak pernah timbul gentar di hati memikirkan rahim milikya yang cuma sebesar buah pear boleh menanggung zuriatnya yang semakin membesar.

Wanita !
Hebatnya dia disaat mula merasakan kesakitan ketika proses bersalin. Hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir bahawa nyawanya boleh menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dengan sihat dan selamat ke dunia.


Wanita !
Hebatnya dia kerana mampu menahan kesakitan sehingga 57 del ketika hendak melahirkan anak. Sakitnya itu bersamaan dengan patahnya 20 tulang-belulang dalam satu masa yang sama. Sedangkan manusia normal cuma mampu menahan sakit sebanyak 45 del sahaja.

Apa yang kita selalu dengar tentang wanita ?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.

Tetapi sedarkah kita disebalik semua itu ?
Wanita dicipta untuk menjadi seorang ibu. Ibu yang mengandung 9 bulan 9 hari dengan segala kepayahan. Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat sebagai penyambung generasi manusia. Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya. Ibu yang mengasuh, membesar dan mendidik anak dengan penuh kesabaran. Ibu yang doanya lebih makbul daripada doa seorang ayah.

Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki. Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki.

Hebatkan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita.

Buat Kaum Adam, hargailah Kaum Hawamu :)


Sumber : Nur Atirah

Bersediakah Aku?

Lebih kurang 3 bulan lagi hari tersebut akan tiba. Ya! Lebih kurang 3 bulan lagi. Persiapan? Not bad. Semuanya dalam proses. Ada yang dah booked with full settlement dan ada juga yang Shakira letak deposit. DIY? Ada juga. Sama, masih dalam proses. Tiap-tiap malam cuba curi masa untuk menyiapkannya.

Persiapan diri? Alhamdulillah setakat ni. Ilmu mengenai perkahwinan banyak dikutip hasil dari nasihat orang lebih tua dari Shakira. Buku-buku juga berjaya jadi platform untuk Shakira lebih bersedia ke arahnya. Shakira juga lebih menjaga kesihatan sekarang, lebih-lebih lagi dalam berpantang makan sebab Shakira ada asma.

Tanggungjawab kelak? Mampukah diri ini bertanggungjawab dari segala segi? InsyaAllah. Kalau ikutkan takut, bila pula nak ke arahnya. Betulkan? InsyaAllah dengan kata-kata perangsang dari insan keliling, Shakira mampu mengharungi kehidupan selepas halal.

Menjadi fitrah tiap manusia ingin disayangi dan dicintai sampai mati, InsyaAllah Shakira akan kecapinya nanti dengan izin yang Maha Kuasa. Segala dugaan yang Allah turunkan selepasnya akan Shakira anggap sebagai satu ujian untuk lebih menyayangi sesama sendiri. Amin.


InsyaAllah Shakira bersedia!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013