Salah Satu Punca Jadi Andartu
Jumpa artikel ni kat wall Facebook Oh Media semalam. Mungkin ada betulnya kot. Tapi sepatutnya adik ni perlu cakap tak baik naik motor, sebab lebih mengundang fitnah berbanding naik kereta. Tak perlulah cakap tak ada standard dating naik motor. Hmm tapi kalau dah syaitan menghasut, tak kira motor atau kereta. Betul tak?
Tepuk dada tanya selera. Ops bukan! Tepuk dada, tanya iman. Komen Shakira, no komen. Hehe :)
Resipi : Sup Kambing
Kawan abah Shakira bagi tulang kambing yang dah siap dibakar. Adalah dalam 3-4 batang tulang kitorang dapat. Hehe apa lagi? Direct to cara buat ya.
Hehe simple dan senangkan? Selamat mencuba ya :)
- Apa-apa pun sebelum start menumis, jom kita rebus tulang kambing dan bila agak-agak dah lembut isinya, ketepikan sebentar ya :)
- Tumis bunga lawang, kayu manis dan beberapa biji buah pelaga
- Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai yang telah ditumbuk kasar
- Bila bahan menumis dah naik bau, masukkan serbuk perencah sup yang telah dibancuh dengan air (biasa Shakira guna Babas, hari tu Adabi je tinggal kat kedai so pakai jelah)
- Masukkan air rebusan kambing tadi, ikut pada kuah yang kita nak dan biarkan sehingga betul-betul mendidih. Masukkan juga garam dan perasa. Petua nak cepat didih, tutup periuk dengan penutup periuk :)
- Lepas tu, masukkan batang sup yang telah dipotong serong
- Sedia dihidang (hari tu Shakira lawankan dengan nasi goreng belacan)
- Seronok tengok adik-adik ratah tulang kambing tu, 5 minit kemudian.....
Hehe simple dan senangkan? Selamat mencuba ya :)













