Ramadhan Vs Kanak2

Selamat pagi semua!

Lagi seminggu lebih je kita semua nak berpuasakan? Hehe.


Menempuh bulan Ramadhan memang satu saat yang paling seronok. Imbas balik kenangan belajar berpuasa masa zaman kanak2 Shakira dulu. Hari ni puasa penuh, esok sekerat hari pula. Huhu indah kenangan tu kan?

Balik sekolah jalan kaki, haus. Sampai rumah Shakira buat muka kesian, mak bagi buka puasa. Wahh masa tu rasa best sangat! Kelakar pun ada bila fikir balik. Huhu. Kalau mak tak bagi, Shakira pergi buka peti ais duduk kat peti ais tu lama2. Konon nak dapat kesejukan peti ais tu. Haha macam2!

Masuk waktu berbuka puasa, cepat2 duduk depan juadah. Mengalahkan orang yang berpuasa penuh! Haha semua tu kenangan masa lalu Shakira. Agak2 kalau sekarang nak buat perangai macam tu, mak bagi tak? Memang kena baling dengan penyapulah jawabnya. Hehe. Shakira pasti kenangan korang masa berpuasa dulu2 pun lebih kurang dengan Shakira. Betul tak? Huhu.

Ramadhan dah nak hampir ni, masing2 bersiap-sedia dari pelbagai segi. Moga kita semua dapat menyempurnakan tanggungjawab berpuasa ini dengan sebaiknya. InsyaAllah Amin.

Gwiyomi Dalam Tandas

Orang lain berduyun2 buat video gwiyomi. Ada yang comel dan ada yang bolehlah. Haha! But Shakira pula?? Huhu gwiyomi dalam tandas? Haha tandas mana yang jadi mangsa tu? Tandas Shell Seksyen 19 Shah Alam. Hehe.

Actually kisahnya macam ni, semalam Shakira tersampai awal 10 minit ke kelas. Hehe so Shakira pun menghalakan motor ke pam minyak Shell seperti yang Shakira mentioned tadi. Hehe lepak dalam toilet ni rupanya kerja Shakira! Hehe.


Kesiankan? Buat image gwiyomi je, orang lain buat video. Tengok tu pegang handphone cikai sendiri je. Haha. Tu pun entah apa2 step Shakira buat berterabur, tak sama langsung dengan gwiyomi sebenar. Haha hentamlah labu! Asalkan dapat isi 10 minit tu dengan berfaedah. Berfaedah ke buat macam tu? Haha.




Dalam kelas, tengok anak murid Shakira tu. Bukan main tekun lagi buat latihan. Tunduk je, suruh pandang kamera haram dia nak! Zalifah2. Tengok atas meja pula, Shakira ni baik tau. Tak suka anak murid study stress2. Ada makanan, boleh kongsi kudap2. Hehe. Ok dah start angkat bakul sendiri Shakira ni. Huhu.

Ok, that's all yang Shakira nak share pasal semalam. Hehe mood Shakira stress ni anak murid ada Percubaan UPSR 2 minggu lagi! Waaa cikgu pula seram. Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013