Gwiyomi Dalam Tandas

Orang lain berduyun2 buat video gwiyomi. Ada yang comel dan ada yang bolehlah. Haha! But Shakira pula?? Huhu gwiyomi dalam tandas? Haha tandas mana yang jadi mangsa tu? Tandas Shell Seksyen 19 Shah Alam. Hehe.

Actually kisahnya macam ni, semalam Shakira tersampai awal 10 minit ke kelas. Hehe so Shakira pun menghalakan motor ke pam minyak Shell seperti yang Shakira mentioned tadi. Hehe lepak dalam toilet ni rupanya kerja Shakira! Hehe.


Kesiankan? Buat image gwiyomi je, orang lain buat video. Tengok tu pegang handphone cikai sendiri je. Haha. Tu pun entah apa2 step Shakira buat berterabur, tak sama langsung dengan gwiyomi sebenar. Haha hentamlah labu! Asalkan dapat isi 10 minit tu dengan berfaedah. Berfaedah ke buat macam tu? Haha.




Dalam kelas, tengok anak murid Shakira tu. Bukan main tekun lagi buat latihan. Tunduk je, suruh pandang kamera haram dia nak! Zalifah2. Tengok atas meja pula, Shakira ni baik tau. Tak suka anak murid study stress2. Ada makanan, boleh kongsi kudap2. Hehe. Ok dah start angkat bakul sendiri Shakira ni. Huhu.

Ok, that's all yang Shakira nak share pasal semalam. Hehe mood Shakira stress ni anak murid ada Percubaan UPSR 2 minggu lagi! Waaa cikgu pula seram. Bye!

2 comments:

are_lin@yu said...

hahaha comelnya kira wt gwiyomi tu..ayu xpnh wt lg..

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

are_lin@yu
hahaha ayu, tu gwiyomi tak jadi..malu pula bila tengok balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013