Showing posts with label semangat. Show all posts
Showing posts with label semangat. Show all posts

Pemenang Segmen Berpantun By Shakira

Yeah! Teruja sangat Shakira nak umum siapakah gerangan yang berjaya meletakkan diri di tempat pertama, kedua dan ketiga untuk segmen yang Shakira anjurkan tempoh hari :)

Tempat pertama dan kedua dipilih oleh En Hamdan a.k.a my tunang. Hehe tempat ketiga pula Shakira yang pilih. Ok tak nak buang masa dengan bebelan yang biasa ni, jom! Check it out.

Tempat Pertama - PakcikLie PCL

buah bidara ulaman gajus,
sambal pedas cun ternganger,
Shakira punya segmen terbagus,
memertabat pantun antara blogger.


Tempat Kedua - broFami

berjalan-jalan hingga ke petang,
untuk berjumpa dgn Pak Amin,
sudah lama ke awak bertunang,
bila agaknya nak naik pelamin.


Tempat Ketiga - amal salleh

Petang-petang mendayung sampan,
Mendayung dengan pemuda tampan,
Peraduan pantun shakira anjurkan,
Gaya tersendiri ketengahkan warisan.


Tahniah dan setinggi-tinggi syabas untuk pemenang di atas. Sila emailkan NAMA PENUH, ALAMAT, NOMBOR TELEFON ke shakirakyra004@gmail.com secepat yang mungkin ya.

Pada yang tak dipilih sebagai pemenang tu, jangan sedih. Nanti ada rezeki Shakira anjurkan lagi. Nak? Hehe. Sejujurnya bagi Shakira, semua yang join tu merupakan juara sebab berani perah idea kreatif memartabatkan seni kita :)

Ok, lega hati bila dah umum pemenang. Sekarang nak fikir kerja mengepos hadiah je lagi. Hehe bye!

**ada masa terluang nanti Shakira nak cuba balas semua pantun-pantun yang dihantar. InsyaAllah doa-doakan tau :)

Senarai Peserta Segmen Komen Berpantun By Shakira

Ok seperti yang Shakira umum sabtu lepas dah tamat segmen pantun-memantun :)

Memang best semua komen berpantun yang dihantar pada Shakira. Menusuk kalbu pun ada, tak berapa nak menusuk pun ada. Haha tapi Shakira hargai semuanya sebab memang nampak kesungguhan korang semua memerah idea yang bernas dan kreatif. Tahniah Shakira ucapkan sebab sudi sama-sama memartabatkan seni yang agak lama kebelakang iaitu berpantun.

Kat bawah ni senarai peserta yang sudi tinggalkan jejak komen berpantun dekat entry Segmen Komen Berpantun By Shakira tempoh hari.


Ada 17 peserta, ada 21 pantun. Nak tengok pantunnya tak? Jom. Hari ni Shakira nak ajak korang semua review satu-satu komen berpantun yang ada. Review jelah tau, pemenang dah pun ada kat tangan Shakira. Haha. Review je, tambah-tambah ilmu berpantun. Biar berseni dan berbunga-bunga sikit mood pagi ni. Klik sini ya :)

Good Luck Alang !

Good Luck untuk adik yang paling Shakira sayang, Muhammad Helmi Bin Abdul Halim. Panggilan kat rumah Alang je :)


Pukul 11 sekejap lagi pendaftaran masuk ke IPT di Kolej MCS Mara, Banting. Tahniah Alang! Ni pesan satu-satunya kakakmu ni. Hehe.

# belajar rajin2
# jangan rindu sangat kat aku..hehe
# jangan boros
# jaga diri
# jangan tinggal solat, mengaji, zikir macam selalu

Semoga dapat capai cita2 tak lama lagi. Chayok2 capai Diplomamu, 2 tahun setengah je. Pejam celik pejam celik dah pegang segulung kelayakan, InsyaAllah!


*mood sedih ni, sebab Alang terlalu rapat dengan Shakira. Apa-apa semua dengan Shakira je, sekarang Alang dah duduk asrama sana :(

Blog Berubah :)

Cantik tak header baru blog Shakira sekarang?


Hehe umur dah makin naik, tapi masih tak boleh buang sifat keanak-anakan tu agaknya :)

Alkisahnya macam ni. Semalam sifat rajin untuk tukar header datang membuak-buak, meresap ke seluruh anggota badan. Haha Shakira pun mulakanlah projek menukar ni.

Nampak tak gambar kartun dua insan poyo tu? Huhu tu sebenarnya masa Shakira ada blog lama dulu, ada hamba Allah ni buatkan header untuk Shakira. Tak ingat dah kenapa dia bagi. Rasanya Shakira ada menang satu giveaway kot. Rasanyalah, dah lupa. Shakira crop header tu, gantikan dengan design nama blog baru ni.

Tu yang cekak atas kepala girl tu ada word CUK. Hehe it is stand for Cinta Untuk Kita. Huhu tu nama blog lama, siapa yang nak tau ceritanya klik je sini ya :) Background blog ni pun Shakira dah tukar pada warna yang agak menyenangkan mata ni dan paling penting ianya kosong tanpa corak. I love it. Huhu.

Tu jelah nak bebel. Bye!

Walau Kadangkala Kita Lupa PadaNya

Kalau difikirkan semula kita ni sebagai manusia kadangkala lupa pada Maha Penciptanya. Kita lupa nak memuji padaNya, kita lupa nak sujud ucapkan terima kasih padaNya, kita lupa nak menyanjungNya.

Kita alpa dengan kebebasan dunia yang Dia beri. Kita salah gunakan keadaan. Kita lupa hukum hakam. Kita lupa apa yang ustazah, ustaz, mak abah kita pesan. Kita lupa semua nasihat yang baik.


Kita sebagai manusia juga kadangkala lupa nak menyanjung kitabNya iaitu Al-Quran. Kita lupa bahawa Al-Quran itu penyinar di dalam kubur kelak. Kita lupa Al-Quran itu dapat membantu kita di saat amalan kita dihitung oleh Allah.


Kita lupa. Kita leka. Kita lalai dalam melaksanakan apa yang dipertanggungjawabkan ke atas diri kita sebagai hamba. Kita fikir kita kuat. Kita fikir kita akan hidup lebih lama. Kita fikir nafas ini takkan terhenti pada bila-bila masa. Kita tak terfikir sesuatu yang sepatutnya kita fikir.

Namun, Allah itu sayang pada kita. Kita hambaNya yang lemah. Biar kita leka, biar kita lupa, biar kita lalai, biar kita tidak mengingatiNya Dia tetap melihat kita. Gerak-geri kita. Dia tetap melimpahkan rezeki yang banyak ke atas kita. Dia tetap memberi kesenangan pada kita. Dia tak lupa pada kita. Dia Maha Berkuasa ke atas semua hambaNya.

Sedarlah betapa sayangnya Dia pada kita semua. Bersyukurlah. Kembalilah ke sujud yang sebenar sebelum Dia memanggil kita. Sujud yang sebenar-benar sujud. Sujud yang istiqamah.


Ya Allah. Tetapkanlah iman ini agar sentiasa membesarkanMu Ya Allah. MenyanjungMu. MemujiMu. Meletakkan Kau sebagai tempat paling utama di benak jiwaku. Supaya aku menjadi hamba yang baik dan merasai SyurgaMu yang indah kelak.

InsyaAllah. Amin hendakNya.

Sekadar entry luahan, kesedaran dan juga perkongsian sesama sendiri :)


Sumber gambar : GOOGLE

Bacalah Wahai Kaum Adam, Kenalilah Wanita !

Wanita !
Hebatnya kaum wanita sehinggakan seluruh dunia meraikannya. Seorang wanita saat mendapat berita tentang kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan sehingga dia menitiskan airmata. Tidak pernah terlintas difikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal melahirkan zuriat yang comel ke dunia.

Wanita !
Hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan seluruh badannya terasa lemah dan hilang kudrat. Dia mampu tersenyum. Tidak pernah timbul gentar di hati memikirkan rahim milikya yang cuma sebesar buah pear boleh menanggung zuriatnya yang semakin membesar.

Wanita !
Hebatnya dia disaat mula merasakan kesakitan ketika proses bersalin. Hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir bahawa nyawanya boleh menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dengan sihat dan selamat ke dunia.


Wanita !
Hebatnya dia kerana mampu menahan kesakitan sehingga 57 del ketika hendak melahirkan anak. Sakitnya itu bersamaan dengan patahnya 20 tulang-belulang dalam satu masa yang sama. Sedangkan manusia normal cuma mampu menahan sakit sebanyak 45 del sahaja.

Apa yang kita selalu dengar tentang wanita ?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.

Tetapi sedarkah kita disebalik semua itu ?
Wanita dicipta untuk menjadi seorang ibu. Ibu yang mengandung 9 bulan 9 hari dengan segala kepayahan. Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat sebagai penyambung generasi manusia. Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya. Ibu yang mengasuh, membesar dan mendidik anak dengan penuh kesabaran. Ibu yang doanya lebih makbul daripada doa seorang ayah.

Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki. Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki.

Hebatkan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita.

Buat Kaum Adam, hargailah Kaum Hawamu :)


Sumber : Nur Atirah

Bersediakah Aku?

Lebih kurang 3 bulan lagi hari tersebut akan tiba. Ya! Lebih kurang 3 bulan lagi. Persiapan? Not bad. Semuanya dalam proses. Ada yang dah booked with full settlement dan ada juga yang Shakira letak deposit. DIY? Ada juga. Sama, masih dalam proses. Tiap-tiap malam cuba curi masa untuk menyiapkannya.

Persiapan diri? Alhamdulillah setakat ni. Ilmu mengenai perkahwinan banyak dikutip hasil dari nasihat orang lebih tua dari Shakira. Buku-buku juga berjaya jadi platform untuk Shakira lebih bersedia ke arahnya. Shakira juga lebih menjaga kesihatan sekarang, lebih-lebih lagi dalam berpantang makan sebab Shakira ada asma.

Tanggungjawab kelak? Mampukah diri ini bertanggungjawab dari segala segi? InsyaAllah. Kalau ikutkan takut, bila pula nak ke arahnya. Betulkan? InsyaAllah dengan kata-kata perangsang dari insan keliling, Shakira mampu mengharungi kehidupan selepas halal.

Menjadi fitrah tiap manusia ingin disayangi dan dicintai sampai mati, InsyaAllah Shakira akan kecapinya nanti dengan izin yang Maha Kuasa. Segala dugaan yang Allah turunkan selepasnya akan Shakira anggap sebagai satu ujian untuk lebih menyayangi sesama sendiri. Amin.


InsyaAllah Shakira bersedia!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013