Alhamdulillah hari ni dah masuk Ramadhan yang ke-24, tak lama lagi nak raya. Yeeha! Yabeda bedu. Huhu sebab tak sabar nak raya, hari ni laju-laju Shakira nak taip pasal tajuk di atas. The organizer is blogger from Santaikata. Jomlah tumpang sekepala. Hehe.
CONTEST RAYA : Semasa Hari Raya saya buat....
....Petang sebelum raya tu Shakira pastinya sibuk tolong mak kat dapur. Potong bahan-bahan masak. Menumis, menumbuk, mengisar dan menggaul. Menu utama mesti kena masak rendang ayam dan kuah kacang berdaging. Shakira juga biasanya akan tolong rebus nasi impit.
....Malam tu Shakira akan sibuk jerit satu rumah, minta baju raya masing-masing. Dalam rumah tu, Shakiralah tukang gosok pakaian semua ahli keluarga.
....Malam tu juga suruh adik pergi cari lemang kat tepi jalan, banyak sangat orang menjualnya. Kadang-kadang abah Shakira yang rajin pergi cari.
....Malam tu juga kalau biskut raya belum masuk balang, masa tulah sesi memasukkan berlaku. Satu masuk balang, sepuluh masuk mulut. Huhu.
....Bangun paginya Shakira akan gosok gigi, cuci muka, lap dengan towel. Huhu.
....Pergi dapur tolong mak apa yang patut. Potong nasi impit, potong semua yang perlu dipotong sebelum ditelan, bancuh air gula awal-awal simpan dalam peti ais.
....Masanya untuk mandi dan menyegarkan jiwa raga di pagi raya. Lepas siap, tak boleh duduk lagi. Siapkan adik-adikku pula. Walaupun masing-masing dah besar panjang, tapi kemanjaan di pagi raya dengan akak tercinta ni tak dapat dipisahkan. Haha.
....Jujur Shakira jarang pergi solat raya, selalunya yang hero-hero je pergi. Then bila dorang dah balik rumah, tibalah masa menangis. Huhu masa untuk bersalaman, berpeluk ciuman sesama ahli keluarga. Maaf dipohonkan duit raya diharapkan.
....Sebelum tetamu hadir bagi salam depan pintu, satu family kitorang akan menikmati juadah yang dah dimasak bersama-sama. Masa tu mesti adik-adik sibuk bagitahu mak and abah berapa hari dorang puasa tahun ni. Woi! puasa jangan sebab duit ya. Haha tapi tu masa keciklah, sekarang tak dah.
....Kalau ada tetamu datang pagi-pagi awal tu, layanlah dulukan. Borak-borak, salam-salam, tanya khabar dan kudap-kudap. Masa tetamu ada ni Shakiralah insan paling busy. Pergi dapur bancuh air, hidang bagai dan senyum selalu. Hehe.
....Then kitorang akan bersiap-siap pula untuk ke kubur, menziarahi arwah. Masa ni biasanya akan bertembung dengan saudara yang rumah dekat-dekat. Sama-sama berdoa dan memohon agar arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. InsyaAllah.
....Tiba masa kami sekeluarga pergi beraya pula. Huhu makan macam-macam. Masa tu perut didahulukan, diet diketepikan. Kejap-kejap kang telefon masing-masing berdering, tanya kitorang ada kat rumah tak sebab dorang nak datang raya. Kalau dekat dengan rumah lagi masa tu, bolehlah balik layan dorang. Kalau dah jauh dari rumah, datang nantilah. Haha moment terindah.
....Family Shakira ni kadang-kadang pagi raya pertama baru kitorang balik kampung. Tak kisahlah Perak atau Pahang. Ikut perbincangan dan keputusan dari mak abah Shakira. Hehe. Tapi dengar-dengar cerita tahun ni tak balik kampung mana-mana. Ala lagipun saudara-saudara semuanya tinggal kat Selangor ni. So main area yang ada jelah.
Terima kasih daun keladi,
Harap Syawal tahun ni lebih berseri.
Rasanya tu je kot yang dapat Shakira kongsikan pasal tingkah laku yang berlaku masa-masa nak raya ni. Korang nak join klik banner, due date 8.8.2013. Bye! Huhu.
9 comments:
hehe sllu rya prtam tu sbuk skt blah pg kn,..
are_lin@yu
dear..tau tak apa..pagi2 memang macam lipas kudungkan..hehe
assalamualaikum yanggg, good luck yee. lebih kurang je kita ni. tukang gosok baju oranggg. hahahahaha
Sheila Salim
wslam yang.. thanks.. huhu tau tak apa, ni la mukanya..:P
salam.. selamat bersegmen ek !! :)
cite yg menarik..gd luck yer..
good luck!!!! :D
Salam kenal kakak :-)
Hi Nur, saya datang jauh...wishing everyone good luck in the contest.
Have fun and simpan satu lagu dalam hati.
Lee.