Idea Bulan Madu : Destinasi Hijau Di Perak

Negeri Perak sememangnya kaya dengan keindahan eco-pelancongan atau ada juga yang menggelarkannya sebagai 'destinasi hijau'. Percutian sebegini merujuk kepada kawasan yang menarik untuk diterokai yang merangkumi kawasan gua, taman negara, gunung-ganang dan air terjun. Antara 3 tempat yang menarik di Perak ialah :

  • Gua Tempurung
Gua Tempurung adalah sebuah gua batu yang terletak di Gopeng. Namanya di ambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 kilometer dan dipercayai wujud sejak 8000 SM lagi.

  • Taman Negeri Royal Belum
Royal Belum merupakan sebuah hutan dara yang luas dan salah satu kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung. Hutan ini kaya dengan tumbuhan dan haiwan yang mengagumkan kita. Merasai sendiri keunikan musim cinta di dalam hutan, kita bebas untuk bermalam di Bumbun. Selain daripada itu kita juga boleh memancing, menaiki bot, mandi air terjun yang dingin dan berakit.

  • Pulau Pangkor
'Pang Ko' yang bermaksud pulau cantik dalam bahasa Thai adalah destinasi hebat buat kita yang ingin mencari ketenangan bercinta. Jika ingin dijelaskan akan keindahan persekitarannya, ternyata tidak terungkap dengan kata-kata. Antara aktivit yang boleh kita lakukan ialah menaiki bot laju yang mengelilingi pulau. Kita juga boleh berkunjung ke Taman Fu Lin Kong di mana terdapatnya replika Tembok Besar Cina.



Dapatkan honeymoon package yang disediakan oleh mana-mana agensi pelancongan sekarang! Selamat bercuti :)

Sumber Info : Majalah Pesona Pengantin Edisi Disember 2012
Sumber Gambar : GOOGLE

5 comments:

✿INA AINAA✿ said...

Pulau pangkor je ena pernah pergi... yang lain tak g lagi.... harap je duduk dekat kt Perak tapi belum sempat menerokai

Solehah Shamsuddin said...

sy mmg org perak.jom dtg ke teluk intan :)

ikafantasi said...

better redang..baru je balik bcuti..best sgt2..pulau yg cntik..

Princess Feyqa said...

semua tmpt tu fiqa lom pnh smpai.. pulau pangkor cam best je!

Nisa' said...

Nak pergi berbulan madu juga (tetiba!). Last time Nisa' pergi Pangkor waktu zaman kanak-kanak dulu. Bila dah meningkat dewasa, dah tak menjejakkan kaki ke sana lagi, apatah lagi ke tempat-tempat menarik yang lain atas kekangan kerja dan waktu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013