Terima Kasih Lulu Caldina

Biasalah kalau blogger baru nak merangkak macam Shakira ni, masih tercari-cari idea yang baik untuk dikongsi dan diconteng dalam blog ni. Alhamdulillah dah 2 bulan lebih ni ramai pembaca datang dan pergi, meninggalkan jejak untuk Shakira singgah diselit salam perkenalan dan Shakira rasa bersyukur sebab dikurniakan ketentuan oleh Allah sebagai blogger.

Hari ni Shakira nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Lulu Caldina sebab sudi follow dan paling tak sangka entry-entry blog LOTS OF LOVE BY SHAKIRA ni ada dalam pilihan bloglist blog Lulu.


Bagi Shakira, Lulu seorang blogger famous yang amat meminati sukan bola sepak group Chelsea. Tengok blog Lulu yang biru bak laut tu pun kita dah dapat tau. Huhu. Keep it up Lulu!


Banyak entry Lulu yang up to date mengenai dunia hiburan, berita semasa dalam dan luar negara, gosip hangat dan banyak lagi. Shakira sendiri dah mengikuti perkembangan Lulu Caldina pada setiap entry sebelum Shakira ada blog lagi.

Shakira masih ingat Lulu Caldina pernah buat satu contest teka air 100 Plus. Memang ramai yang join, Shakira sendiri pun join sebab ianya menarik dan kita dapat meneka jawapan yang boleh dijadikan idea secara automatik. Tapi masa tu Shakira di blog lama yang kini dah terpadam. Hehe tak apalah, tak salah untuk mula dari bawah balik macam sekarang ni. Betul tak?

Sebelum undur diri, thanks lagi sekali pada Lulu for support my blog yang tak seberapa ni. Moga Lulu terus maju dalam dunia penulisan. InsyaAllah.

# korang apa tunggu lagi, jom serang blog Lulu Caldina ! Kita kasi gegar :)

8 comments:

Farah Waheda Wahid said...

memang rajin datang dan baca entry Lulu and she's friendly too...

Unknown said...

Farah Waheda Wahid
kan? cantik pun cantik orangnya..huhu

hasliynda umairah beauty said...

saya pun suka ...awk pun best jugee

Unknown said...

Haslinda Hassan Ali
heee saya masih baru dalam dunia blog ni, tak best mana pun.. :)

budakbandunglaici said...

nice review...


My recent post : Hanya Di Malaysia Versi Instagram Episode 4

Salma Othman said...

bloghopping.salam perkenalan. :)

Lulu Caldina said...

wee, lulu berbesar hati sangat untuk entri ni, terima kasih awak ;)

mselim3 said...

Assalammualikum..

mselim3 datang daripada blog lulu, ziarah sini..
Memang betul lulu caldina memang blogger otai yang sentiasa membantu blogger baru, usaha murni lulu ini mmg patut dicontohi...

mselim3

pls: ana lulu penyokong fanatik..the blues...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013