Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

International Directory Blogspot


Korang pernah dapat komen macam ni? Ianya dari International Directory Blogspot. Mereka menjadi platform, memilih dan listkan blog kita-kita ni yang berblog :)

Shakira ada buat review sikit. Memang banyak blog lain yang datang dari pelbagai tempat. Ada negara kita Malaysia, Brazil, Mexico, Filipina, Norway, United Kingdom, Arab Saudi dan banyak lagi yang memang berjela. Nak Shakira listkan satu-satu kat sini memang tak habislah :)

Ni blog Shakira yang dorang dah listkan under blogger Malaysia. Thanks Chris for promoting my blog in your directory!



Alhamdulillah. Hehe Shakira ada nampak juga kawan blogger yang lain, turut sama terpilih dalam directory ni. Ada blogger Yumida, Kak Aiza Dunia Kecil, Kak Zakie, Abang Khir Karya, Kak Farah Bubblynote dan ramai lagilah. Macam ayat Shakira kat atas, kalau nak listkan satu-satu memang tak habislah.

So, jomlah terjah sana. Happy blogwalking ya! Blogwalking sampai pengsan. Haha bye :)

NOTA KAKI : PAGI NI DAPAT GOOD NEWS DARI KAK NAMIA, SHAKIRA MENANG TIKET MENONTON PERLAWANAN NINETOLOGY ALLSTAR BASKETBALL MALAYSIA 2013 :)

Format Surat Perletakan Jawatan

Shakira dah submit resign letter petang semalam pada higher management, tiba-tiba datang satu idea untuk buat entry ni pagi ni. Saja nak share pada korang semua format menulis surat perletakan jawatan. Mana tahu boleh dijadikan panduan :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

NAMA PELETAK JAWATAN
ALAMAT PENUH PELETAK JAWATAN

garisan                                                                                                                                 __

NAMA SYARIKAT
ALAMAT PENUH SYARIKAT                                                    TARIKH SURAT DITULIS

TUAN/PUAN,

NOTIS PERLETAKAN JAWATAN - ruangan ini perlu digaris dan ditebalkan

DENGAN SEGALA HORMATNYA PERKARA DI ATAS ADALAH DI RUJUK.

2.     SAYA nama peletak jawatan BERTUGAS SEBAGAI jawatan INGIN MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK TUAN/PUAN TENTANG PERLETAKAN JAWATAN SAYA PADA bila tarikh akhir bekerja. SEHUBUNGAN DENGAN ITU, DIMAKLUMKAN BAHAWA SAYA DENGAN INI MEMBERI NOTIS PERLETAKAN JAWATAN SAYA SELAMA berapa notis berhenti yang telah ditetapkan oleh syarikat. PERLETAKAN JAWATAN SAYA INI ADALAH KERANA nyatakan sebab meletak jawatan.

3.     SAYA JUGA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK TUAN/PUAN KERANA TELAH MEMBERI TUNJUK AJAR DAN KEPERCAYAAN KEPADA SAYA KETIKA MENJALANKAN TUGAS SELAMA berapa lama berkhidmat INI. SEMOGA PIHAK TUAN/PUAN AKAN LEBIH MAJU DI MASA AKAN DATANG.

TERIMA KASIH.

YANG BENAR,


tandatangan peletak jawatan                    ___________
NAMA PELETAK JAWATAN
NOMBOR KAD PENGENALAN PELETAK JAWATAN

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok, yang Shakira kongsi ni dalam Bahasa Melayu. Simple and straight to the point. Senang je, tak sampai 5 minit dah boleh siap. Kalau korang rasa nak tulis dalam English pun boleh je, terserah. Sekarangkan ada Google Translate. Sila gunakan kemudahan yang telah disediakan. Haha.

Oklah ya, moga format ni dapat jadi manfaat buat kita semua. Bye :)

Tips Menjadi Pengapit Pengantin Yang Berjaya

Seumur hidup Shakira, tak pernah jadi pengapit pada mana-mana pengantin. Baik yang dirancang mahupun pengapit terjun. Huhu semua tak pernah. Ada jugalah sepupu yang melamar, tapi Shakira tak nak. Entah kenapa pun Shakira tak tahulah. Tapi hari ni Shakira nak kongsikan sedikit tips untuk menjadi pengapit pengantin yang berjaya.

  • Cari ilmu - Buat kamu yang bakal pangapit tu, google je. Banyak-banyak. Tup-tup masuk blog ni :) Ringankan mulut untuk bertanya pada orang yang ada pengalaman sebagai pengapit. Mana tahu ada perkara yang mungkin akan terlepas pandang semasa majlis berlangsung. Pengapit perlu tahu aliran majlis ya.
  • Warna baju - Biasanya kalau pengantin ada lebih budget, pengantin akan sediakan baju untuk si pengapit. Tapi tak kisahlah samada pengantin belikan atau pengapit beli sendiri, warna tu memainkan peranan penting. Tolong jangan pakai baju yang warnanya serupa dengan pengantin. Kalau nak juga sedondon pilihlah warna yang mungkin lebih cair dari pengantin. Apa-apa pun bincang dengan pengantinlah senang :)
  • Design baju - Ni lagi satu kriteria yang perlu dititik beratkan oleh pengapit. Pengantinnya memang dah cantiklah dalam busana pengantin, tapi tiba-tiba ada kain meleret masa berarak. Ingatkan kain pengantin, rupanya si pengapit. Tak ke naya kamu tu ditugaskan untuk jaga pengantin, ni dah jadi satu hal nak membelek kain kamu yang berjela panjang tu. Kesimpulannya, design baju pengapit biar simple. Tu yang seeloknya, sebab kalau dari jauh bajunya mengerlip tetamu akan pandang pengapit je sepanjang majlis tu. Percayalah.
  • Make up - Pengapit biarlah penampilan wajahnya simple. Nampak natural, orang kata manis dipandang. Tu dah cukup. Rasanya pengapit tak perlu kot untuk upah tukang make up untuk touch up wajah tu macam nak pergi dinner gara-gara nak jadi barbie doll :)
  • Tanggungjawab - Pengapit mestilah dah faham apa tugas dan peranan sepanjang majlis. Jaga pengantin, kipaskan pengantin, lap peluh pengantin, saling mengingatkan pengantin, betulkan pakaian pengantin, redakan perasaan pengantin yang memang gemuruh lagi-lagi saat dinikahkan. Barang-barang wajib macam handphone pengantin, kipas dan tisu tu tolong jangan tertinggal ya.
  • Masa makan beradab - Pengapit perlu tau yang mana tanggungjawabnya perlu menyenduk nasi buat pengantin. Jangan pengantin baru nak mita lauk, kamu dah licin sepinggan. Sebaiknya pengapit makan dulu kenyang-kenyang sebelum majlis bermula, sebab tugas kamu sangat-sangat diperlukan selagi pengantin tak suruh balik. Bukan kata pengapit tak boleh nikmati makanan tu, tapi perlu tau yang pengantin lebih memerlukan kamu di saat itu :)
  • Keserasian - Kalau terima lamaran untuk jadi pengapit tu, kaji dulu boleh ke diri tu serasi dengan pengantin. Bukan apa, keserasian itu penting tau. Kang pengantin entah mana pengapit yang duduk kat kerusi pengantin. Naya je. Biar kita sekepala dengan pengantin, supaya kerjasama dan gelak tawa tu jadi natural. Bukan seolah dipaksa atau dibuat-buat. Bayangkan kalau jadi pengapit untuk musuh? :)

Rasanya tu jelah kot tips yang boleh diguna pakai buat kamu-kamu yang bakal bergelar pengapit. Kalau nak jadi pengapit yang berjaya, buatlah apa yang Shakira listkan ni :) Ni cuma pendapat ya, tapi rasanya pendapat ni tak ada siapa nak bantah. Sebab ianya perkara umum, dah memang menjadi tiang sebagai pengapit. Hehe.

Selamat menjadi pengapit :)

# Masih tak pasti siapa bakal pengapitku :(


Sumber gambar : GOOGLE

Cari Gambar Bini Orang??


Keyword yang masuk dalam blog Shakira baru-baru ni. Hehe tak ada benda lain ke korang nak cari? Kenapa cari gambar bini orang? Haha.

Iklan : Bikin Dialog Gambar Minah Ni Kalau Nak Topup RM30

Ranking Alexa Hari Ini

Dua tiga hari lepas, Shakira semak ranking blog Shakira ni di laman Alexa tau. Memang tak tau apa-apa pun, yalah Shakira blogger baru banyak lagi ilmu tentang blog ni yang perlu Shakira garap.

Masa tu Shakira cek Shakira berada di kedudukan 9000 ke atas dalam Malaysia. Dalam hati kata banyaknya nombor. Haha yalah, nak dapat pageview banyak satu hari pun payah juga rasanya kalau Shakira sendiri tak merajinkan diri menyinggah ke blog orang lain. Betul tak? Tak apalah usaha lagi.

Hari ini Shakira semak lagi kat Alexa dan alhamdulillah ada peningkatan positif. Tengok bawah ni Shakira printscreen.


Alhamdulillah syukur tak terkata. Tapi Shakira still tak puas hati, kalau boleh nak dapatkan ranking 1000 ke bawah je. Haha boleh ke? Boleh je, yang penting usaha dalam menarik minta pembaca dan perbaiki entry agar lebih mantap dan maju. Paling penting kena sabar. Kejayaan bukannya datang pada hari yang sama kita berusaha, ianya ambil masa. Betul tak? Hehe.

InsyaAllah satu hari nanti. Amin :)

Dibenarkan Bernikah

Alhamdulillah.

Tadi ni Shakira baru je balik dari Pejabat Agama Daerah Klang (PAIDK). Buat apa situ? Hehe buat apa lagi kalau bukan hantar borang permohonan nikah. Teringat kenangan kursus kahwin dengan En Hamdan kat situ juga, bulan April lepas :)

Tengahari lepas lunch tadi baru Shakira gerak. Sampai sana pukul 2:40 macam tu. Tengok ramai orang berkumpul depan pintu, rupanya kaunter masih tutup. Yalah, hari nikan hari Jumaat. Waktu lunch mesti lebih panjang daripada hari biasakan. Kat mana-mana tempat pun macam tulah, so dengan sabarnya Shakira pun join menunggu depan pintu. Hehe.

Dalam pukul 2:50 macam tu pintu kaunter dibuka, lega rasanya. Yalah, lenguh kaki ni berdiri lama-lama. Shakira pula pakai high heel hari ni, menahan jelah muka. Huhu sampai dalam je, terus ramai-ramai beratur depan kaunter pertanyaan. Masing-masing dengan urusan. Lepas bagitahu tujuan datang pada petugas kaunter tu, terus dapat nombor dan duduklah sebentar sementara menanti nombor anda dipanggil ya. Haha perkara biasa :)

Lama tak lama jugalah prosesnya, boleh dikira berapa kali Shakira menguap. Haha mengantuk tau menunggu giliran ni. Proses semak borang dan lampiran tu sekejap je, tak sampai 15 minit pun. Cumanya proses menunggu kebenaran nikah tu dicetak. Tu yang lama sikit. Masa tulah mata Shakira ni penuh dek syaitan bergayut. Haha sabar jelah.

Alhamdulillah, senyum sampai ke telinga bila nama dipanggil dan diberikan surat kebenaran bernikah. Bersyukur tak terkata. Yalah, harus diingatkan ya semua. Kalau kita buat persiapan kahwin yang lain bagai nak rak, kalau surat kebenaran bernikah ni tak ada memang sia-sialah semua persiapan. Kebenaran bernikah tu memang benda nombor satu, paling penting tu. Ingat ya. Hehe.

Boring korang baca tak ada gambarkan? Asyik membebel je. Hehe sorrylah, card reader tak bawa. So, Shakira tak boleh nak masukkan gambar dalam PC ni. Esok ya. Shakira akan buat entry step by step mengenai prosuder permohonan bernikah. Ok?

Sampai sini je, penat tak hilang lagi ni. Tapi apa nak buat, ghairah nak menaip entry tak terkawal. Haha bye!

Sweet Pula Rasanya!


Kan? Hehe.

Blog Persiapan Perkahwinan Ke? ^_^

Hehe tersenyum je tengok keyword yang masuk dalam blog Shakira ni. Kebanyakannya pasal kahwin. Kahwin, kahwin, kahwin. Huhu.

 

Agaknya pembaca yang masuk blog picisan Shakira ni semuanya tengah buat persiapan nak kahwin ya? Hehe. Bukan ada apa sangat pun, perjalanan baru bermula. Blog Shakira ni baru je berusia 4 bulan lebih. Kalau baby 4 bulan tu agaknya baru belajar meniarap kot, tak pun baru nak belajar angkat punggung. Haha.

Tapi seronok jugakan kalau pembaca dah cop kita sebagai tempat mencari inspirasi :)

Wanita Perlu Tahu Tentang PinkTober

Pagi ni Shakira terlebih rajin. Lepas Subuh tak tidur pun. Haha kantoi selama ni ya :) Disebabkan terlebih rajin hari ni, Shakira siap tengok TV lagi pagi-pagi. Lepas selesai isi sanubari pagi dengan motivasi Ustaz Hushim Salleh, Shakira sambung terus tengok MHI atau pun panjangnya Malaysia Hari Ini. Hehe.

Tajuk MHI pagi ni ialah Pinktober. Apa itu Pinktober? Ok, Shakira pun baru je tau pagi tadi. Jom kita kongsi sama-sama.

PINKTOBER
PINK atau merah jambu ialah warna reben yang menjadi simbol melambangkan kempen kesedaran payu dara. TOBER pula singkatan bulan Oktober. Jadi PINKTOBER bermaksud pin yang dikeluarkan oleh mana-mana badan NGO sempena menyambut bulan Oktober yang mana bulan Oktober telah dipilih sebagai bulan memperingati dan menguatkan kesedaran tentang penyakit barah payu dara sedunia.

Ok kat sini Shakira nak kongsikan antara cara kita sebagai wanita bagi mencegah kehadiran barah payu dara :
  • Katakan 'TIDAK' pada alkohol >>> Kajian mendapati wanita yang mengambil minuman beralkohol mempunyai kadar yang tinggi mendapat barah. Berdasarkan kajian wanita yang mengambil 2 hingga 5 minuman setiap hari mempunyai 11/2 kali risiko berbanding wanita yang tidak mengambil alkohol. Satu gelas wain setiap hari sebagai contoh mempunyai risiko sebanyak 7%. Risiko ini tidak termasuk faktor risiko yang lain seperti kaum, berat badan, sejarah barah dalam keluarga, umur mendapat haid atau menapaus bermula, jumlah kehamilan, faktor penyusuan anak dan penggunaan pil perancang atau hormon (HRT).
  • Berhenti merokok >>> Pesanan ini juga diketengahkan buat kaum lelaki yang merokok. Tabiat merokok bukan sahaja dikaitkan dengan barah paru-paru, malah juga barah payu dara. Wanita yang mula merokok di usia muda mempunyai risiko tinggi mendapat barah payu dara. Merokok juga berkait dengan penyakit jantung. Jika kita seorang yang merokok, kita mempunyai alasan yang tepat untuk berhenti merokok.
  • Bersenam >>> Terdapat banyak kajian menunjukkan bahawa aktiviti bersenam dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk barah payu dara. Namun ini tidak bermakna kita perlu bersenam seperti Madonna (beliau dilaporkan bersenam sehingga 4 jam sehari yang mengakibatkan penceraian beliau dengan suami). Adalah dianggarkan bahawa dengan hanya berjalan sebanyak 1.25 hingga 2.5 jam seminggu sudah cukup untuk mengurangkan risiko barah payu dara di kalangan wanita sebanyak 18%.
  • Periksa payu dara sendiri sekerap mungkin >>> Ini merupakan langkah yang paling penting untuk kita. Langkah ini tidak akan mengurangkan risiko untuk kita mendapat barah payu dara, namun ia dapat mengesan simpton ini di peringkat awal dan menjamin kita mendapat rawatan yang kurang agresif atau teruk.
  • Amalkan pemakanan berlemak rendah >>> Kita tahu bahawa ostregan memainkan peranan besar dalam perkembangan barah payu dara dan tisu berlemak mengandungi sedikit ostrogen. Oleh itu kegemukan meningkatkan risiko mendapat barah payu dara. Namun jika berat badan kita berlebihan sebelum menapaus, risiko mendapat barah payu dara lebih rendah dan jika selepas risikonya lebih tinggi dari biasa. Ini kerana wanita yang berlebihan berat badannya kurang mengovum dari biasa. Jadi sel payu dara mereka terdedah kepada kandungan ostrogen yang rendah. Selepas pasca menapaus, ostrogen kita dikaitkan dengan jumlah lemak kita. Lebih banyak lemak, lebih tinggi paras ostrogennya.
  • Buat pemeriksaan mammogram >>> Seperti pemeriksaan payu dara, ujian mammogram juga hanya mampu mengesan, bukan mencegah barah payu dara. Ini kerana ujian mammogram mampu mengesan ketulan yang lebih kecil berbanding melalui pemeriksaan. Juga ia mampu mengesan sel barah yang tidak dapat dirasa dengan tangan. Menjalani ujian mammogram adalah mudah. Ia tidak memerlukan seseorang itu berpuasa. Cuma kita dilarang menggunakan deodran atau bedak di bahagian ketiak dan dada kerana ia akan menggangu artifaks filem. Tunggu seminggu selepas haid untuk menjalani ujian ini apabila tisu payu dara kita lebih lembut. 

Ok bagi di antara kita yang mempunyai sejarah keluarga dalam penyakit barah payu dara ini, lebih baik atau seeloknya terus berjumpa dengan doktor untuk mengesannya dengan lebih awal. Ini kerana faktor keturunan juga boleh menyumbang kepada simpton ini.

Kepada penghidap barah payu dara, disarankan supaya sentiasa kuatkan semangat. Jangan putus asa untuk meneruskan kehidupan. Sokongan padu dari orang sekeliling juga dapat menerapkan harapan bagi penghidap penyakit ini kerana telah terbukti di dalam negara kita sendiri bahawa seorang wanita yang menghidap barah payu dara mampu pulih secara 100% dengan adanya semangat yang kuat.

Jadi, tabahlah dalam mengharungi setiap penderitaan kerana tiap apa yang Allah bagi tu terselit hikmahnya. Sayangi mahkota wanitamu :)

Tutorial : Penggunaan Backlink Dengan Betul

"Penggunaan backlink yang betul menghasilkan banyak faedah kepada blog anda!" - Anastasyea

Terima kasih pada blogger kak Anastasyea disebabkan Shakira jalan-jalan ke blognya terus jumpa tutorial ni. Huhu suka. Yalah, sebagai blogger baru macam Shakira ni sudah pastinya banyak lagi ilmu yang Shakira tak khatam lagi. Seeloknya, jangan sombong untuk jalan-jalan ke blog orang lain dan belajar. Hehe.

Kisahnya macam ni. Selalu kalau kita tag blogger lain untuk join segmen/giveaway yang kita join, mesti kita tinggalkan link pada kotak komen dorangkan? Kalau link tu panjang gila, panjang gilalah komen yang bakal kita buat. Faham? Kalau tak faham tengok ni, mesti korang faham maksud Shakira tadi :)


Dah nampak link tu? Jadinya kita hari ni nak belajar guna backlink dengan cara yang betul seperti gambar di bawah.


Ha kan cantik kalau komen kita jadi macam tu. Betul tak? Hehe. Nampak lebih kemas dan kata kak Anastasyea lagi, cara ini boleh membantu menaikan trafik blog kita. Menarikkan bunyinya? Teruskan bacaan.

Kalau sebelum ini kita pernah dengar ComLuv boleh menghasilkan backlink mudah. Hari ni Shakira nak kongsi tutorial kak Anastasyea macam mana nak generate backlink seperti ComLuv untuk pengguna Blogspot. Caranya senang je. Hanya perlu guna browser Mozilla Firefox dan install Add-ons. Itu je! Tak perlu nak susah-susahkan diri nak pasang ComLuv dan IntenseDebate kat blogspot sebab cara ini pun dah mencukupi. Yang penting bila pasang benda ni kenalah rajin-rajin menggunakannya. Pasti PageRank kita akan meningkat! Yeah. Hehe.



Free+Backlink+Pagerank
"Lagi banyak backlink, lagi cerah PageRank blog anda untuk naik!" - Anastasyea

Apa yang perlu kita ada seperti yang Shakira terangkan tadi. Cara ini memerlukan browser Mozilla Firefox sahaja. Kalau kat Internet Explorer ataupun Google Chrome Shakira tak sure samada boleh pakai atau tak. Kak Anastasyea kata nanti cuba sendiri ya! Ok. Selepas dah install browser Mozilla Firefox, klik pada Tools dan pilih Add-ons dan search CoLT version 2.5.1. Tadi Shakira baru install yang terbaru version 2.6.1 punya. Lepas tu klik untuk install.

comluv+versi+blogspot01

Lepas dah install, kena restart browser Mozilla Firefox tersebut. Kemudian check semula kat Add-ons tadi dan kelihatan seperti gambar di bawah.

comluv+versi+blogspot02

Nak guna CoLT ni senang je. Klik pada link yang kita nak copy, contoh seperti yang di highlight pada gambar di bawah.


comluv+versi+blogspot

Kemudian buka ruangan komen blog rakan-rakan blogger lain. Tulis dulu apa komen yang kita nak tulis dan klik paste seperti gambar di bawah

comluv+versi+blogspot03

Dan akan menjadi seperti begini. Kemudian klik Preview untuk melihat ataupun terus Publish!

comluv+versi+blogspot04

Kalau dilihat pada gambar ke 4, kita boleh perasan ada satu yang dinamakan Entry Terkini tak ada pada fungsi default CoLT add-ons. Jadi sekiranya kita nak buat, caranya mudah je. Klik Tools pada Mozilla Firefox > Add-ons dan klik Option. Kemudian klik button Add dan isi ruangan tersebut seperti apa yang di highlight pada gambar di bawah. Selain itu, kita juga boleh mengubah Custom ini mengikut creativiti sendiri.

comluv+versi+blogspot05

Selamat mencuba ya semua :)

Sumber ilmu, gambar dan rujukan dari blog kak Anastasyea :
Tutorial Generate Backlink Percuma Dan Meningkatkan PageRank Untuk Blog Anda! 

DIY B2B : Idea Prop Untuk Bergambar

Ok, bagi yang follow story Shakira dalam blog ni mesti dah sedia maklum yang Shakira baru je selesai Pre Wedding Photoshoot dua minggu lepas. Nak tengok klik sini :)

Ok, hari ni Shakira nak share cara DIY benda alah yang tergantung dengan huruf-huruf. Haha entah apa namanya prop tu, tapi yang jelas ianya memang sweet and sesuai dijadikan props dalam bergambar tak kisahlah for wedding ke, anak aqiqah ke, hari jadi ke, anniversary punya majlis ke, hari guru ke, jadikan background candy table ke, saja nak gantung dalam bilik pun boleh. Haha.

Bahan-bahan :
  • paper bag - free sebab balance doorgift bertunang dulu -
  • doily paper - free sebab balance doorgift bertunang dulu -
  • kertas berwarna - adik Shakira punya dah tak pakai -
  • marker pen - pinjam mak punya -
  • tali - abah punya -
  • staple - memang dah ada kat rumah -
  • gam - memang dah ada kat rumah -
  • gunting - memang dah ada kat rumah -

Actually masa tunang tahun lepas Shakira DIY Doorgift tau. Paper bag ada lebih. Doily paper pun sama ada lebih. Fikir punya fikir, why not Shakira buat something yang bergunakan? Inspirasi datangnya dari blog Somewhat Simple. Memang kreatif, macam-macam idea datang. Sesuai untuk B2B yang sukakan seni :)


Let start :
  • Gunting kertas berwarna dalam bentuk huruf dari ayat yang korang nak (Shakira buat ayat nama blog ni. Huhu LOTS OF LOVE)
  • Lekatkan huruf-huruf tersebut guna gam pada paper bag
  • Hitamkan bahagian tepi huruf dengan marker pen supaya lebih nampak timbul
  • Lipat doily paper kepada dua bahagian
  • Staplekan pada bahagian atas paper bag
  • Staplekan paper bag yang siap dengan huruf dan doily paper pada tali (Shakira guna tali rapia je. Hehe)
  • Siap dan bolehlah bergambar sepuasnya :)

En Hamdan kata Shakira nampak gemuk dalam gambar ni, gambar lain tak pun. Tu mesti sebab ranting-ranting tu duk tolak baju Shakira ke depan. Hehe lantaklah, asalkan kecomelan kami tak hilang. Comel ke? Haha dah! Fokus pada prop tu je ok :)

JUMLAH KOS : RM0.00

Sharing is caring. Simple dan senangkan? Selamat mencuba. Huhu. Bye!

Tak Salahkan?

Tadi tergerak hati ni nak tengok balik entry-entry yang berkaitan segmen or giveaway yang Shakira join. Saja nak tengok balik, baca-baca dan senyum sendiri. Masuk satu blog ni nampak entrynya berkaitan satu giveaway, Shakira ada join. Tengok-tengok dah ada keputusan. Keputusannya di post pada awal bulan 9. Sekarang dah bulan berapa? 10 dah :(

Shakira ok lagi, baca punya baca tengok lagi bawah nama Shakira ada menang! Menang topup RM10. Shakira pun cek balik email, komen-komen dalam blog. Mana tau Shakira terlepas pandang mengenai keputusan dah keluar. Tapi Shakira tak jumpa dan memang sah Shakira tak dapat apa-apa link bahawa keputusan dah keluar.

Ok Shakira cepat-cepat send details pada sponsor topup tu, but sedih sampai sekarang tak ada respon. Hmm sedih tau. Kita ni manusia biasa. Dalam dunia maya ni, siapa lagi nak sokong kita kalau bukan blogger juga? Kita tolong awak masuk join segmen giveaway bagai yang awak anjurkan. Tolong meriahkan dan meramaikan apa yang awak anjurkan. Tapi kenapa susah sangat untuk awak bagi feedback balik pada semua peserta mengenai hala tuju keputusan?

Mungkin ada yang akan cakap, ala topup je pun Shakira. RM10 je pun. But tu hadiahkan? Hadiah sebagai penghargaan seseorang blogger datang dan joinkan diri support antara blogger. Salah ke tinggalkan link pada peserta, bagitahu update terkini? SALAH KE? Bukan semua blogger guna widget bloglist tau.

Shakira sendiri pun kalau anjur segmen, Shakira bagitahu semua peserta update terkini. Sebab Shakira tak nak masing-masing terlepas pandang dan peluang. Pernah ke Shakira tak tinggalkan link pada korang semua yang join segmen Shakira? Tak pernahkan? Pada yang tak menang pun Shakira update link pada dorang tau. Sebab Shakira rasa tu tanggungjawab seorang penganjur.

Masih menunggu respon sponsor topup tu. Maaf entry terlalu panjang, sekadar luahan dan pembaikian sikap sesama kita rakan maya :(

MC ( -.- )

MC is stand for Medical Certificate. Betul? Hehe dalam bahasa melayunya bermaksud Sijil Cuti Sakit. Biasanya kita golongan bekerja nilah yang selalu dikait rapat dengan benda alah ni. Hehe tak datang kerja je alasannya MC. Biasa macam tu? Ok jangan tipu jawab tak pernah ya :)


Masa kecil dulu, Shakira memang tak tahu apa maksud MC walaupun tahu yang MC tu untuk hal-hal cuti. Hehe Shakira ingat lagi masa 6 atau 7 tahun macam tu umur Shakira. Akak saudara Shakira namanya Kak Ina. Dia bekerja masa tu, so tak dapatlah tunaikan janji dia untuk datang ke rumah Shakira. Shakira pun dengan bijak pandainya dail butang telefon rumah, call Kak Ina tanya kenapa tak datang.


So, Kak Ina tu confirmlah jawab tak datang sebab kerjakan? Tau apa Shakira jawab? Shakira cakap mintalah MC. Agaknya Kak Ina saja nak uji Shakira masa tu, dia pun tanya Shakira balik MC tu apa. Shakira dengan yakin 200% masa tu jawab dengan bangganya MC tu maksudnya Minta Cuti. Haha ketawa punya lama Kak Ina. Jahat tau! Huhu. Shakira pun mulalah blur-blur ayam. Terus tanya kenapa, then Kak Ina pun bagitahulah apa maksud MC yang sebenar. Hehe.

Ooooooo. Huhu dari situlah baru Shakira tahu apa maksud MC. Malu tau! Nasib baik masa tu umur kecil lagi, tak adalah nampak bengong sangat. Haha tapi tu memang kenangan yang paling Shakira tak boleh lupa lagi-lagi bila balik kampung jumpa Kak Ina. Dia mesti ajak Shakira flashback! Haha sabar jelah.


Kenangan :)

Sumber gambar : GOOGLE

Selamat Hari Jumaat


Sumber gambar : GOOGLE

Pemenang Segmen Berpantun By Shakira

Yeah! Teruja sangat Shakira nak umum siapakah gerangan yang berjaya meletakkan diri di tempat pertama, kedua dan ketiga untuk segmen yang Shakira anjurkan tempoh hari :)

Tempat pertama dan kedua dipilih oleh En Hamdan a.k.a my tunang. Hehe tempat ketiga pula Shakira yang pilih. Ok tak nak buang masa dengan bebelan yang biasa ni, jom! Check it out.

Tempat Pertama - PakcikLie PCL

buah bidara ulaman gajus,
sambal pedas cun ternganger,
Shakira punya segmen terbagus,
memertabat pantun antara blogger.


Tempat Kedua - broFami

berjalan-jalan hingga ke petang,
untuk berjumpa dgn Pak Amin,
sudah lama ke awak bertunang,
bila agaknya nak naik pelamin.


Tempat Ketiga - amal salleh

Petang-petang mendayung sampan,
Mendayung dengan pemuda tampan,
Peraduan pantun shakira anjurkan,
Gaya tersendiri ketengahkan warisan.


Tahniah dan setinggi-tinggi syabas untuk pemenang di atas. Sila emailkan NAMA PENUH, ALAMAT, NOMBOR TELEFON ke shakirakyra004@gmail.com secepat yang mungkin ya.

Pada yang tak dipilih sebagai pemenang tu, jangan sedih. Nanti ada rezeki Shakira anjurkan lagi. Nak? Hehe. Sejujurnya bagi Shakira, semua yang join tu merupakan juara sebab berani perah idea kreatif memartabatkan seni kita :)

Ok, lega hati bila dah umum pemenang. Sekarang nak fikir kerja mengepos hadiah je lagi. Hehe bye!

**ada masa terluang nanti Shakira nak cuba balas semua pantun-pantun yang dihantar. InsyaAllah doa-doakan tau :)

Senarai Peserta Segmen Komen Berpantun By Shakira

Ok seperti yang Shakira umum sabtu lepas dah tamat segmen pantun-memantun :)

Memang best semua komen berpantun yang dihantar pada Shakira. Menusuk kalbu pun ada, tak berapa nak menusuk pun ada. Haha tapi Shakira hargai semuanya sebab memang nampak kesungguhan korang semua memerah idea yang bernas dan kreatif. Tahniah Shakira ucapkan sebab sudi sama-sama memartabatkan seni yang agak lama kebelakang iaitu berpantun.

Kat bawah ni senarai peserta yang sudi tinggalkan jejak komen berpantun dekat entry Segmen Komen Berpantun By Shakira tempoh hari.


Ada 17 peserta, ada 21 pantun. Nak tengok pantunnya tak? Jom. Hari ni Shakira nak ajak korang semua review satu-satu komen berpantun yang ada. Review jelah tau, pemenang dah pun ada kat tangan Shakira. Haha. Review je, tambah-tambah ilmu berpantun. Biar berseni dan berbunga-bunga sikit mood pagi ni. Klik sini ya :)

Betul Kata Ustaz Tu ^^


Bersabarlah wahai kaum Adam. Kami kaum Hawa memang begini sejak azali lagi :)

Tutorial : Letak Gambar & Tukar Ayat Di Linkwithin

Shakira nak mengajar cara buat macam bawah ni.


Shakira tak pandai nak mengajar sebenarnya, tapi tak apalah. Shakira cuba. Khas untuk kak Maszie yang bertanyakan soalan ni kat Shakira. Ala untuk korang yang lain pun ya :)

Ok, let start :
  • isi segala butiran yang diminta
  • klik Get Widget!
  • akan keluar pula macam ni
  • klik Install Widget
  • lepas tu terus pergi dekat dashboard kita cari yang kita install tadi
  • sekarang saat untuk tukar ayatnya, copy kod di bawah dan pastekan DI ATAS kod yang telah diinstall tadi

border=0> Another Stories By Shakira :'</script>

  • tukar ayat warna pink tu pada ayat yang korang suka
  • dapat? ok kalau nak tambah gambar sebelum ayat tu pula, copy kod di bawah ni dan pastekan DI ATAS kod menukar ayat tadi

<script>linkwithin_text=' <img src="http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/barbiepink/pic002demoji_9271840decoojp.gif
 
  • dapat tak? ok ni contoh Shakira punya
  •  Save dan kalau tak ada error, ucap Alhamdulillah. Hehe. 
 Pilihan gambar sebelah ayat tu boleh pergi dekat Emoticon atau Glitter Graphic. Memang banyak pilihan untuk kita semua. Hehe rambang mata sekejap! Percayalah.

Selamat mencuba :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013