Menenangkan Hati Yang Kecewa

Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang? Di dalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata menitis setiap waktu.

Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.

Namun bukan semua masalah kecewa itu berlaku kerana percintaan dan masalah jodoh. Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak-anak.

Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk-rendam dan membuatkan kita merasa lemah. Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah, kita berpura-pura kuat. Kita tersenyum, tapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita? Sampai bila kita harus berpura-pura?

Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah dan duka.

 

1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.

Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah-surah yang lain. Sangat menenangkan hati

Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3 atau lain-lain (teknologi dah canggih sekarangkan)

 

2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar

” Sahaja aku solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama, bacalah Al-Fatihah diikuti surah Al-Kafirun dan pada rakaat kedua bacalah Al-Fatihah diikuti pula surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.

Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.

Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.

** tips mudah untuk bangun tidur **
  • Berwudhuk sebelum tidur
  • Baca Surah Al-Mulk atleast 10 ayat - paling malas :)
  • Baca doa tidur dan niat dalam hati Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu
  • Kunci jam
 

3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung)
 Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus juga sampai ke lubuk hati.

 

4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan kita sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta ataupun kecewa.
Kita ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesak hati betul tak? Jangan menabur garam di atas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)

 

5. Sentiasalah Mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.

Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa, Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNya.
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS Ar-Ra’d : 28)
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” (QS At-Taubah : 40)

ALLAH loves you no matter what :)

Sumber : AkuIslam.com
 

* Alhamdulillah kad kahwin dah siap, biar dugaan datang dan pergi hati ini tetap cekal menghadapinya InsyaAllah *

5 comments:

SarahSyafiq said...

insyaAllah semoga semuanya berjalan baik ye :)

Akupenghibur.com said...

insyaALLAH :) thanks atas entri yang bermanfaat

Amin Johar said...

Namamu mengingatkan aku kepada my xgf...

wanariahamiza said...

Ramai yang 'terlupa' sebenarnya kalau kita dekatkan diri dengan islam, sentiasa akan tenang,

perkongsian bermanfaat. :)

mujagirl92 said...

Terima kasih... Muja pernah kecewa.. Alhmadulillah.. Muja ok sekarang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013