Jangan Buka Pintu Fitnah
Memang benar dalam Islam, wanita tidak dibenarkan bekerja. Namun hari ini dalam tuntutan ekonomi yang semakin mendesak, ramai wanita yang terpaksa keluar bekerja untuk memenuhi banyak keperluan. Apatah lagi bagi yang mempunyai kelayakan tinggi, memanglah sayang jika sijil dan ilmu itu terbiar serta tidak dimanfaatkan.
Kini wanita berada di semua sektor kerjaya, hatta di dalam bidang yang asing bagi mereka satu ketika dulu. Mereka semakin bijak bekerjasama, lancar berkomunikasi tanpa kekok dan tidak lagi ragu-ragu dalam membuat sesuatu keputusan.
Namun dalam luas pergaulan dan bijak berkomunikasi, kadangkala ada sesuatu yang terlepas dari pegangan kita. Kita rasa 'tak apa' terhadap perhubungan bebas antara lelaki dan wanita sehingga mendatangkan syak dan was-was dari orang lain.
Maka wujudlah istilah kononnya 'teman tapi mesra', 'hubungan platonik' yang kemudian berselindung di bawah istilah 'hubungan profesional'. Ia bukan sekadar istilah yang direka-reka untuk menutup cerita sebenar, tetapi memang ada sesuatu yang tersirat di sebalik sesuatu yang tersurat.
Apa jua istilahnya, yang terlarang tetap terlarang serta wajib dijauhi. Jangan sesekali membuka pintu fitnah kerana sekali kita terleka dan membiarkan unsur tidak baik itu masuk, belum tahu bila kita berpeluang untuk berpatah balik.
Kita juga harus ingat, bahawa kerjaya kita bukan sekadar untuk mencari wang semata-mata. Bukan juga untuk sesuatu kesempatan memupuk hubungan bersosial tetapi kerjaya itu juga ibadah. Oleh itu janganlah pula yang jernih itu dikeruhkan dengan unsur-unsur cela sebegini. Bimbang hilang berkatnya pada wang yang akan menjadi darah daging kita.
Sumber artikel : Beberapa petikan Salina Ibrahim, seorang Editor Majalah NUR keluaran Februari 2009
Sumber gambar : GOOGLE
6 comments:
InsyaAllah, semoga kita semua bekerja mndapat keberkatan daripada Allah... Berkat itu lebih penting... ena pun tak lama lagi nak jadi gadis bekerja... ;)
tambah lagi satu, kekasih gelap...ha ha ha...sebagai wanita kita kenalah tau batasannya dan di mana letaknya diri kita... betul tak? nice piece of sharing dear..
lbh baik diam saja kan..
Assalamualaikum yangg, thanks sharingg. sheila suka baca ni...
Yup..kita kerja pun sebagai ibadah..jangan sampai leka semasa brkrrja
Oh......