Song By : Black & Malique
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik juga bila mimpi
Aku nampak kau
Tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semua kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya bukan mudah
Aku sembunyikan gundah-gulana
Segalanyakan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
Rahsia ini telah lama aku pendamkan
Tiba masanya segala-galanya ku ceritakan
Akukan pergi
Pergiku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya
Prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas ditindas
Sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas
Tak kau berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami
Dalami dan mengalami
Setia mendengar
Sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun
Setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal
Kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 ribu hijab harusku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna
Dia yang sempurna
Sejak dua menjak ini
Ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad
Ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung berkurung
Tubuh makin susut menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas
Nak bergerak
Nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri jangan makan hati
Yang patahkan tumbuh
Yang hilangkan berganti
Bilik dah ku kemas
Katil dah ku rapi
Cincin
Kunci
Dompet dalam laci
Ada sikit wang
Itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Akukan pergi bertemu kekasih abadi
Tiba masanya kau cari teman pengganti
*untuk video, klik nama penyanyi ok!
2 comments:
Assalamualaikum yanggg, lagu ni sedih! dah boleh follow blog sheila! cepat.. nanti review blog ketinggalan jauh :)
lagu ni mmg best pun.. x jemu dgr smpai skrg.. ;)