Segmen Komen Berpantun By Shakira

Amaran : Entry sticky post sehingga 28 Sept 2013. Sila ke Blog Archive untuk entry baru.

Untuk kali kedua Shakira lancarkan segmen sejak lahir dalam dunia blog ni. Tapi segmen kali ni agak istimewa sebab kamu semua diajak berpantun. Apa yang perlu dipantunkan? Ok baca syarat-syarat di bawah.

  • follow blog Shakira ni (tiada paksaan)
  • tak payah buat entry, cuma komen dalam kotak komen di bawah menggunakan pantun
  • tak kisah pantun 2 kerat, 4 kerat atau 6 kerat (jangan bersyair sajak ya!)
  • 3 peserta yang memberi komen pantun paling menusuk kalbu, akan dikira sebagai pemenang yang mana akan menerima cenderahati setiap seorang
  • pemilihan pemenang akan diadili oleh En Hamdan a.k.a my tunang :)
  • segmen tamat 28/9/2013 (sabtu)

Simplekan? Tak susah mana pun, cuma nak kena perah idea kreatif je. Good Luck!

*semua komen yang berpantun akan Shakira publish bila tamat segmen ya :)

**TAMAT**

35 comments:

broFami said...

berjalan-jalan hingga ke petang
untuk berjumpa dgn Pak Amin

sudah lama ke awak bertunang..?
bila agaknya nak naik pelamin ..?

hehe :-D
-broFami-

Cik Fie said...

hehe . nak join . tapi tak pandai berpantun :P

PCL said...


buah bidara ulaman gajus,
sambal pedas cun ternganger,
Shakira punya segmen terbagus,
memertabat pantun antara blogger.


datang saya dijemput mesra,
segmen kedua baru bermula,
jangan tunggu begitu lama,
tuan hamba semua hebat-hebat belaka.

Unknown said...

assalam shakira..

buah pauh delima merah,
rumpun subur atas halaman,
jauh jauh kak diana terjah,
singgah pantun sekadar memeriahkan.

www.nazlee.com

ayut said...

lot of love by shakira,
apa khabar shakira?

:)
pantun ye nk mcmne ni?hihihi...

Kakzakie Purvit said...

Ok best!! kakak suka berpantun tak kisah soal hadiah tolak tepi. Follow dah lama dah kakak follow blog Sya kan...

timanglah timang tinggi-tinggi
rindu-rinduan di lubuk hati
wahai tunang sya yang ranggi
bersatulah cepat kakak menanti

On the spot pantun hihi... jgn marah

Unknown said...

Mieya nie tak ada bakat nak berpantun... huhuhu

Unknown said...

yumida try pantun 2 kerat


bersopan santun belajar mengira,
jom la berpantun di blog shakira.

maszie71@gmail.com said...

buah salak baru dipetik
buah dukuh buah delima
ada banyak wanita cantik
cuma SHAKIRA yg EN.HAMDAN cinta

www.duniafarisya.com said...

Indahnya hati bersulam cinta..
Cinta datang diiringi rindu..
Tutur madahku bukannya dusta..
Ingin ku ucapkan I love you..

Unknown said...

tunang en.hamdan namanya shakila,
cepat menagis tapi kental orangnya,
menanti hari bersejarah bersama-sama,
shark ucapkan selamat berbahagia,
semoga majlis selamat semuanya.

Kancil 8349 said...

insya Allah akan ikut...cuma berpantun je...hehehe

LienLiendot said...

join segmen sering sekali,
bila dapat hadiah gembira rasa,
jom la join segmen kali ini,
Segmen Komen Berpantun By Shakira

AKU LAH QUEEN ITU said...

Dik, Pantun kat sini ke?

Anonymous said...

si gadis ayu lalunya di titi,
singgah di tasik bermain buaian,
cantik tingkahmu indah pekerti,
menjadi idaman putera impian.

tak tahu la menusuk kalbu ke tak.. hehe

Unknown said...

QUEEN OF THE HOUSE
ye dear, pantun di sini..hehe nanti dah tamat contest baru shakira publish pantun2 yang dihantar :)

amal salleh said...

Petang-petang mendayung sampan,
Mendayung dengan pemuda tampan,
Peraduan pantun shakira anjurkan,
Gaya tersendiri ketengahkan warisan.

:)

Adam Hakimie said...

Hari-hari makan laksa,
Sedapnya kuah ikan kelisa,
Badan kuat seperti perkasa,
Selamat menyambut hari selasa.

Adam Hakimie said...

getah sekerap melantun lantun,
ayam katik ayam serama,
dalam blogmu kukirim pantun
buat renungan kita bersama :-)

Adam Hakimie said...

kudin ladong makan lala,
anak punai mandi di paya,
banyak gila perkara gila,
gila FB paling bahaya..

Adam Hakimie said...

kucing bantut minum nira
boya tembaga kena cekop
anak dah suka mak gembira
apakan daya pulus tak cukop !..

Kancil 8349 said...

Kancil ndak pandai dalam bab Pantun nie...tapi ndak salah kalau mencuba..hehehe

Blogger Kancil belajar kira - kira,
Belajar untuk jadi kaya,
Jom kita ikut segmen shakira,
Semoga bertambah kenalan maya.

tarmizi said...

Hari2 tgk karton,
Tengok pulak cite ultromen,
Saya tak pandai nak pantun,
Tapi tetap nak komen,

Shi'a said...

Xpandai sangat tapi tetap nak cuba...

Shi'a said...

Siapa tetap berpegang dengan iman,
Hidup matinya tidakkan sesat,
Siapa teguh menyembah Tuhan,
Dunia akhirat tentu selamat.

Maaff jika xberkenan...

Dayang Deno said...

haaa... nanti deno join juga... kena fikir pantun dulu :)

Mia Liana said...

ala... kak mia tengah takde idea nak berpantun... huhuhu

jaakechik said...


Jikalau tidur meninggi hari,
Rezeki menjauh langkah pun singkat,
Jika riak beraja di hati,
Akhlak dan iman menjadi sesat,

www.jaakechik.com

Admin said...

Menarik segmen ni ... :) memartabatkan sesuatu yang kian dilupai. Saya tabik usaha hebat anda.

PCL said...

wow..tak sangkanya sambutan..menggalakkan ! tp nasib baik takda kak ummi juara pantun blogger..kalau tak habis la :P gurau2 je kan kak ummi

p/s Shakira , tahniah anda berjaya menjadikan pantun sbg segmen blog.

Unknown said...

Hi ingat saye lagi x?

Unknown said...

Hi,ingat saye lagi x?

Unknown said...

Atiqah try ye kak ! :-))

Indah sungguh anak penghulu,
Lagi indah si penawan hati,
Hati ini tertunggu-tunggu,
Bilakah kak shakira nak naik pelamin.

Ok tak ? Hihihi :-)))

Unknown said...

Tumbuh seroja tumbuh mengkudu,
Rajin berkebun sidara nyonya;
Sungguh teruja sungguh terkedu,
Segmen berpantun Shakira yang punyaa.

Salam dr kampung n luv from kak Ummi buat Shakira... ^^

Unknown said...

Mencari karun bertemu kaca,
Sayang sinyonya meredah jejambat;
Entri berpantun baru ku baca,
Sayang semuanya sudah terlambat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013