Walau Kadangkala Kita Lupa PadaNya

Kalau difikirkan semula kita ni sebagai manusia kadangkala lupa pada Maha Penciptanya. Kita lupa nak memuji padaNya, kita lupa nak sujud ucapkan terima kasih padaNya, kita lupa nak menyanjungNya.

Kita alpa dengan kebebasan dunia yang Dia beri. Kita salah gunakan keadaan. Kita lupa hukum hakam. Kita lupa apa yang ustazah, ustaz, mak abah kita pesan. Kita lupa semua nasihat yang baik.


Kita sebagai manusia juga kadangkala lupa nak menyanjung kitabNya iaitu Al-Quran. Kita lupa bahawa Al-Quran itu penyinar di dalam kubur kelak. Kita lupa Al-Quran itu dapat membantu kita di saat amalan kita dihitung oleh Allah.


Kita lupa. Kita leka. Kita lalai dalam melaksanakan apa yang dipertanggungjawabkan ke atas diri kita sebagai hamba. Kita fikir kita kuat. Kita fikir kita akan hidup lebih lama. Kita fikir nafas ini takkan terhenti pada bila-bila masa. Kita tak terfikir sesuatu yang sepatutnya kita fikir.

Namun, Allah itu sayang pada kita. Kita hambaNya yang lemah. Biar kita leka, biar kita lupa, biar kita lalai, biar kita tidak mengingatiNya Dia tetap melihat kita. Gerak-geri kita. Dia tetap melimpahkan rezeki yang banyak ke atas kita. Dia tetap memberi kesenangan pada kita. Dia tak lupa pada kita. Dia Maha Berkuasa ke atas semua hambaNya.

Sedarlah betapa sayangnya Dia pada kita semua. Bersyukurlah. Kembalilah ke sujud yang sebenar sebelum Dia memanggil kita. Sujud yang sebenar-benar sujud. Sujud yang istiqamah.


Ya Allah. Tetapkanlah iman ini agar sentiasa membesarkanMu Ya Allah. MenyanjungMu. MemujiMu. Meletakkan Kau sebagai tempat paling utama di benak jiwaku. Supaya aku menjadi hamba yang baik dan merasai SyurgaMu yang indah kelak.

InsyaAllah. Amin hendakNya.

Sekadar entry luahan, kesedaran dan juga perkongsian sesama sendiri :)


Sumber gambar : GOOGLE

5 comments:

anamizu said...

tu lah kdg2 slelau alpa :'(

Unknown said...

moga2 kita selalu berada dijalanNya amin...mis u Allah s.w.t

Sheila Salim said...

Assalamualaikum yangg thanks sharingg. insyallah, takkan lupa pada Yang Esa :)

Sheila Salim said...

btw, blog nampak fresh! heeeeeeeeeeeeee

Unknown said...

nice entry dear.. yup..terkadang kita alpa...moga dpt perbaiki kekurangan tu.. in shaa Allah.. aamiin.. ;(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013