Pemenang Segmen Berpantun By Shakira

Yeah! Teruja sangat Shakira nak umum siapakah gerangan yang berjaya meletakkan diri di tempat pertama, kedua dan ketiga untuk segmen yang Shakira anjurkan tempoh hari :)

Tempat pertama dan kedua dipilih oleh En Hamdan a.k.a my tunang. Hehe tempat ketiga pula Shakira yang pilih. Ok tak nak buang masa dengan bebelan yang biasa ni, jom! Check it out.

Tempat Pertama - PakcikLie PCL

buah bidara ulaman gajus,
sambal pedas cun ternganger,
Shakira punya segmen terbagus,
memertabat pantun antara blogger.


Tempat Kedua - broFami

berjalan-jalan hingga ke petang,
untuk berjumpa dgn Pak Amin,
sudah lama ke awak bertunang,
bila agaknya nak naik pelamin.


Tempat Ketiga - amal salleh

Petang-petang mendayung sampan,
Mendayung dengan pemuda tampan,
Peraduan pantun shakira anjurkan,
Gaya tersendiri ketengahkan warisan.


Tahniah dan setinggi-tinggi syabas untuk pemenang di atas. Sila emailkan NAMA PENUH, ALAMAT, NOMBOR TELEFON ke shakirakyra004@gmail.com secepat yang mungkin ya.

Pada yang tak dipilih sebagai pemenang tu, jangan sedih. Nanti ada rezeki Shakira anjurkan lagi. Nak? Hehe. Sejujurnya bagi Shakira, semua yang join tu merupakan juara sebab berani perah idea kreatif memartabatkan seni kita :)

Ok, lega hati bila dah umum pemenang. Sekarang nak fikir kerja mengepos hadiah je lagi. Hehe bye!

**ada masa terluang nanti Shakira nak cuba balas semua pantun-pantun yang dihantar. InsyaAllah doa-doakan tau :)

18 comments:

PCL said...

wah tak sangkanya pcl berjaya,
jadi pemantun pilihan pertama,
terima kasih Shakira dan en tunangnya, kebetulan juga kak Ummi tiada.

Unknown said...

waaa..
hebat PCL nie,
congrat PCL.

Unknown said...

tahniah buat mereka..

to PCL : maaf ye x dpt terjah blog PCL kat opis ni....kena bw by fon je la nanti eh.. ;)

Dylla Abas said...

wahhh..x sangka PCL menang tmpt pertama..congrats!

p/s : done follow here :)

Khir Khalid said...

Assalam.. dpt link dari blog PCL.. done follow (205).. salam kenak ye. Good luck :)

brofami said...

Macam mana bro boleh menang plak ni..? macam tak percaya jek.. huhu

Trima kasih kerna memilih saya sebagai menenang ke2 hehe :-D

-broFami-

amal salleh said...

weeehuuhheeehhooooo menang??? speeccchhhlleeessssss :p
mekaseyyyy bakal pengantinnn ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee (^________________________^)

Kakzakie Purvit said...

Tahniah.. tahniah pada yg berjaya!! Seronok kan sesekali berpantun:)

cheq eem said...

jmpe blog nie dari PCL... salam perkenalan.... :)

jaakechik said...

tahniah pada pemenang segmen pantun.. wahh hebat-hebat belaka pantun diorang tuuu....

JunAina said...

Tahniah pada para pemenang...jengah dari blog PCL.

Kancil 8349 said...

tahniah kepada para pemenang

Anonymous said...

ooo.. ini rupanyer.. congrats PCL.. ^^

Sukma said...

alamak apasal boleh terlepas segmen pantun nie....tahniah buat pemenang.....

Zawiah said...

tahniah kpd pemenang ...

tarmizi said...

tahniah

Mr.Buncit said...

Congrate utk sape yg menang. ;)

Unknown said...

Salam bahagia.... ^^

Menggalas rendang bekal-bekalan,
Nanti tercucuk tangkai di cerpa;
Terlepas pandang tinggal-tinggalan,
Pasti ku masuk andai berjumpa..

Tahniah Shakira sayang... ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013