Tips Menjadi Pengapit Pengantin Yang Berjaya

Seumur hidup Shakira, tak pernah jadi pengapit pada mana-mana pengantin. Baik yang dirancang mahupun pengapit terjun. Huhu semua tak pernah. Ada jugalah sepupu yang melamar, tapi Shakira tak nak. Entah kenapa pun Shakira tak tahulah. Tapi hari ni Shakira nak kongsikan sedikit tips untuk menjadi pengapit pengantin yang berjaya.

  • Cari ilmu - Buat kamu yang bakal pangapit tu, google je. Banyak-banyak. Tup-tup masuk blog ni :) Ringankan mulut untuk bertanya pada orang yang ada pengalaman sebagai pengapit. Mana tahu ada perkara yang mungkin akan terlepas pandang semasa majlis berlangsung. Pengapit perlu tahu aliran majlis ya.
  • Warna baju - Biasanya kalau pengantin ada lebih budget, pengantin akan sediakan baju untuk si pengapit. Tapi tak kisahlah samada pengantin belikan atau pengapit beli sendiri, warna tu memainkan peranan penting. Tolong jangan pakai baju yang warnanya serupa dengan pengantin. Kalau nak juga sedondon pilihlah warna yang mungkin lebih cair dari pengantin. Apa-apa pun bincang dengan pengantinlah senang :)
  • Design baju - Ni lagi satu kriteria yang perlu dititik beratkan oleh pengapit. Pengantinnya memang dah cantiklah dalam busana pengantin, tapi tiba-tiba ada kain meleret masa berarak. Ingatkan kain pengantin, rupanya si pengapit. Tak ke naya kamu tu ditugaskan untuk jaga pengantin, ni dah jadi satu hal nak membelek kain kamu yang berjela panjang tu. Kesimpulannya, design baju pengapit biar simple. Tu yang seeloknya, sebab kalau dari jauh bajunya mengerlip tetamu akan pandang pengapit je sepanjang majlis tu. Percayalah.
  • Make up - Pengapit biarlah penampilan wajahnya simple. Nampak natural, orang kata manis dipandang. Tu dah cukup. Rasanya pengapit tak perlu kot untuk upah tukang make up untuk touch up wajah tu macam nak pergi dinner gara-gara nak jadi barbie doll :)
  • Tanggungjawab - Pengapit mestilah dah faham apa tugas dan peranan sepanjang majlis. Jaga pengantin, kipaskan pengantin, lap peluh pengantin, saling mengingatkan pengantin, betulkan pakaian pengantin, redakan perasaan pengantin yang memang gemuruh lagi-lagi saat dinikahkan. Barang-barang wajib macam handphone pengantin, kipas dan tisu tu tolong jangan tertinggal ya.
  • Masa makan beradab - Pengapit perlu tau yang mana tanggungjawabnya perlu menyenduk nasi buat pengantin. Jangan pengantin baru nak mita lauk, kamu dah licin sepinggan. Sebaiknya pengapit makan dulu kenyang-kenyang sebelum majlis bermula, sebab tugas kamu sangat-sangat diperlukan selagi pengantin tak suruh balik. Bukan kata pengapit tak boleh nikmati makanan tu, tapi perlu tau yang pengantin lebih memerlukan kamu di saat itu :)
  • Keserasian - Kalau terima lamaran untuk jadi pengapit tu, kaji dulu boleh ke diri tu serasi dengan pengantin. Bukan apa, keserasian itu penting tau. Kang pengantin entah mana pengapit yang duduk kat kerusi pengantin. Naya je. Biar kita sekepala dengan pengantin, supaya kerjasama dan gelak tawa tu jadi natural. Bukan seolah dipaksa atau dibuat-buat. Bayangkan kalau jadi pengapit untuk musuh? :)

Rasanya tu jelah kot tips yang boleh diguna pakai buat kamu-kamu yang bakal bergelar pengapit. Kalau nak jadi pengapit yang berjaya, buatlah apa yang Shakira listkan ni :) Ni cuma pendapat ya, tapi rasanya pendapat ni tak ada siapa nak bantah. Sebab ianya perkara umum, dah memang menjadi tiang sebagai pengapit. Hehe.

Selamat menjadi pengapit :)

# Masih tak pasti siapa bakal pengapitku :(


Sumber gambar : GOOGLE

11 comments:

Wanie Masduki said...

akak dah dua kali jadi pengapit, 1st mase mcik akak kawin..2nd mase kawan akak kawin..alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun kekok nak melayan pengantin..paling kelam kabut masa 1st time tu, family akak semua ckp jgan duduk sebelah pgantin mcm slalu org buat..tapi kita kena layan dorg..bukan pgantin je, dgan keluarga pgantin pun kita kena layan sekali..hehe

CONTEST LALELEI WORDROBE

lia said...

pengapit husband akak dulu, siap sowh kami sendukkan lauk utk dia masa makan beradap... ekekkekeee

cheq eem said...

lagi satu tips.. pengapit jangan halang muka pengantin... nnt photographer x dpt amik gambo cantik2... hehehe....

Unknown said...

hmm...bila la nak kawin...=.= hehehe

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kyra. sheila tak pernah jadi pengapit. malu gila kot nak duk sebelah pengantin. heee :p

Sofea said...

alkisah 3 kali jadi pengapit utk kazen.. klass u..

Unknown said...

yumida x pernah jd pengapit
pernah gak kwn request soh jd pengapit dia, segan lak..hihi
yumida isi tabung Nuffnang sini - ford - selamat menabung :)

Unknown said...

pnah jadi pengapit skali..btul smua yg kira ckp tu..tisu mmg menda paling penting untuk pengapit..huhu
lagi satu tips, jd pengapit tak leh malu2 segan2..pengantin mesti kena sopan2 ayu gitu kan..jadi klu dia nak btau atau nak mintak apa2 mesti melalui pengapitnya..klu dpt pengapit yg jenis malu2 ssh jugak..just my 2cents :)

Vee said...

saya pernah jadi pengapit pengantin kakak . sbb majlis kat kg , so sempoi jer la ...

Nadia Johari said...

nad penah jadi pengapit..memng masa tu first time..tapi kawan nak sangat nad..kene la ikutkan..alih2 nad yang nervous lebih..hahaa

Emma said...

emma dah slalu jadi pengapit utk BFF emma.. tapi bila tang emma coming soon masing2 tgh memboyot... macam mane ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013