Tajuk MHI pagi ni ialah Pinktober. Apa itu Pinktober? Ok, Shakira pun baru je tau pagi tadi. Jom kita kongsi sama-sama.
PINKTOBER
PINK atau merah jambu ialah warna reben yang menjadi simbol melambangkan kempen kesedaran payu dara. TOBER pula singkatan bulan Oktober. Jadi PINKTOBER bermaksud pin yang dikeluarkan oleh mana-mana badan NGO sempena menyambut bulan Oktober yang mana bulan Oktober telah dipilih sebagai bulan memperingati dan menguatkan kesedaran tentang penyakit barah payu dara sedunia.
Ok kat sini Shakira nak kongsikan antara cara kita sebagai wanita bagi mencegah kehadiran barah payu dara :
- Katakan 'TIDAK' pada alkohol >>> Kajian mendapati wanita yang mengambil minuman beralkohol mempunyai kadar yang tinggi mendapat barah. Berdasarkan kajian wanita yang mengambil 2 hingga 5 minuman setiap hari mempunyai 11/2 kali risiko berbanding wanita yang tidak mengambil alkohol. Satu gelas wain setiap hari sebagai contoh mempunyai risiko sebanyak 7%. Risiko ini tidak termasuk faktor risiko yang lain seperti kaum, berat badan, sejarah barah dalam keluarga, umur mendapat haid atau menapaus bermula, jumlah kehamilan, faktor penyusuan anak dan penggunaan pil perancang atau hormon (HRT).
- Berhenti merokok >>> Pesanan ini juga diketengahkan buat kaum lelaki yang merokok. Tabiat merokok bukan sahaja dikaitkan dengan barah paru-paru, malah juga barah payu dara. Wanita yang mula merokok di usia muda mempunyai risiko tinggi mendapat barah payu dara. Merokok juga berkait dengan penyakit jantung. Jika kita seorang yang merokok, kita mempunyai alasan yang tepat untuk berhenti merokok.
- Bersenam >>> Terdapat banyak kajian menunjukkan bahawa aktiviti bersenam dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk barah payu dara. Namun ini tidak bermakna kita perlu bersenam seperti Madonna (beliau dilaporkan bersenam sehingga 4 jam sehari yang mengakibatkan penceraian beliau dengan suami). Adalah dianggarkan bahawa dengan hanya berjalan sebanyak 1.25 hingga 2.5 jam seminggu sudah cukup untuk mengurangkan risiko barah payu dara di kalangan wanita sebanyak 18%.
- Periksa payu dara sendiri sekerap mungkin >>> Ini merupakan langkah yang paling penting untuk kita. Langkah ini tidak akan mengurangkan risiko untuk kita mendapat barah payu dara, namun ia dapat mengesan simpton ini di peringkat awal dan menjamin kita mendapat rawatan yang kurang agresif atau teruk.
- Amalkan pemakanan berlemak rendah >>> Kita tahu bahawa ostregan memainkan peranan besar dalam perkembangan barah payu dara dan tisu berlemak mengandungi sedikit ostrogen. Oleh itu kegemukan meningkatkan risiko mendapat barah payu dara. Namun jika berat badan kita berlebihan sebelum menapaus, risiko mendapat barah payu dara lebih rendah dan jika selepas risikonya lebih tinggi dari biasa. Ini kerana wanita yang berlebihan berat badannya kurang mengovum dari biasa. Jadi sel payu dara mereka terdedah kepada kandungan ostrogen yang rendah. Selepas pasca menapaus, ostrogen kita dikaitkan dengan jumlah lemak kita. Lebih banyak lemak, lebih tinggi paras ostrogennya.
- Buat pemeriksaan mammogram >>> Seperti pemeriksaan payu dara, ujian mammogram juga hanya mampu mengesan, bukan mencegah barah payu dara. Ini kerana ujian mammogram mampu mengesan ketulan yang lebih kecil berbanding melalui pemeriksaan. Juga ia mampu mengesan sel barah yang tidak dapat dirasa dengan tangan. Menjalani ujian mammogram adalah mudah. Ia tidak memerlukan seseorang itu berpuasa. Cuma kita dilarang menggunakan deodran atau bedak di bahagian ketiak dan dada kerana ia akan menggangu artifaks filem. Tunggu seminggu selepas haid untuk menjalani ujian ini apabila tisu payu dara kita lebih lembut.
Kepada penghidap barah payu dara, disarankan supaya sentiasa kuatkan semangat. Jangan putus asa untuk meneruskan kehidupan. Sokongan padu dari orang sekeliling juga dapat menerapkan harapan bagi penghidap penyakit ini kerana telah terbukti di dalam negara kita sendiri bahawa seorang wanita yang menghidap barah payu dara mampu pulih secara 100% dengan adanya semangat yang kuat.
Jadi, tabahlah dalam mengharungi setiap penderitaan kerana tiap apa yang Allah bagi tu terselit hikmahnya. Sayangi mahkota wanitamu :)
10 comments:
Assalamualaikum yangg, thanks sharing. baru teringat harini ada event pink reben kat KL. heeee
ada research menyimpulkan, percentage utk kena cancer payudara pada breastfeed-mom adalah rendah...
hoo.. pinktober.. ni baru tahu.. thanx!
kira kena join lah ni eh.hehehe
terima kasih di atas perkongsian ini.. baru tahu..
tanks a lot pasal info nim n sharing...hehehe
thanks sharing shakira
aah asal tgk je riben pink sure teringat ngan kempen ni
Sharing Is Caring...Oooo Baru tahu..tq darling 4 info
info yang bagus. hehehe. hi baru follow blog ni. salam perkenalan
tima kaseh shakira atas perkongsian ini