Shakira & Denggi Part 1

19 Julai 2013
Masa ni Shakira ada dekat office, pagi masuk macam biasa je perasaannya. Macam biasa sengal dengan officemate, borak-borak bagai. Hati seronok sebab bos macam tak masuk je gayanya masa dia call pagi tu *hantu betul.

Tiba-tiba satu badan rasa sejuk. Sejuk tambah seram tau! Huhu dont know why. Mula-mula buat bodoh je, Shakira pergi slowkan aircond. Tapi setengah jam kemudian tu, tak ada kesan positif pun. Makin sejuk rasanya satu badan. Shakira pun cakap kat officemate yang Shakira nak tidur jap kat bilik fail.

Kipas langsung Shakira tak ON dalam bilik fail tu, tapi sejuknya bukan main. Macam tidur bawah hujan! Hehe. Shakira tengok jam dah nak tengahari, mata berat kepala pun berat sangat. Minta officemate ambilkan secawan air suam. Ok! Terpaksa buka puasa masa tu sebab betul-betul tak larat.

Lepas pukul 2.30 petang, minta abah datang office. Shakira memang tak tahan sangat masa tu, nak balik sangat-sangat. Bos pula tiba-tiba sampai, sabar je la padahal pagi tadi Shakira dah macam excited ingat bos tak masuk. Huhu nak tak nak buat muka seposen juga, tapi memang Shakira sakit betul ya. Hehe alhamdulillah bos bagi balik :)

Motor Shakira biar je kat office, sebab dah minta adik Shakira ambil bila dia balik kerja petang tu. Shakira pun balik dengan abah dengan rasa lega sebab dapat jumpa mak *Shakira kalau sakit, memang akan bertambah sakit kalau tak jumpa mak. Hehe kantoi.


20 Julai 2013
Mak suruh Shakira mandi, siap-siap. Tengok kat tepi katil, mak dah siap bungkus-bungkus baju seluar Shakira. Shakira memang dah agak, mesti abah mak nak bawa pergi hospital sebab nak melawat adik Shakira sekali. Dia dah kena tahan wad dulu dari Shakira, dua tiga hari sebelum kalau tak silap. Sama juga dengan kes denggi.

Dalam kereta, memang minta doa tak nak denggi sebab memang Shakira dah tahu nanti kena tahan wad ambil darah masuk air semua. Takut! Yes Shakira penakut jarum. Huhu. Lepas pendaftaran kat Hospital Besar Klang selesai, Shakira dimasukkan ke Zon Kuning.

Pergh! memang ramai gila orang masa tu. Macam-macam kes Shakira tengok. Ada yang nak cek darah macam Shakira (suspek denggi), ada yang tangan luka parah sebab mercun, ada yang nak buat operation. Macam-macam gaya ada, tapi masa tu Shakira buat hal sendiri je.

Cek tekanan darah Shakira memang rendah, 60 je. Cuba lagi sekali masih juga rendah, 66 macam tu. Sah Shakira terpaksa tidur wad masa tu. Dalam Zon Kuning tu juga airmata Shakira ni mengalir tahan sakit. Sebab apa? Sebab apa lagi kalau bukan sebab ambil darah, untuk sahkan denggi atau tak. Hmm mula-mula cucuk kanan, tak dapat. Urat kecil katanya, tak berapa nampak. Tukar pula tangan kiri, alhamdulillah dapat darahnya. Tapi sakitnya Allah je tau :(


9 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. adik shakira yang mana satu masuk wad juga? kesiannya... awal tahun tu sheila ada gak terkena cam shakira. nasib baik demam biasa je. tapi teruk gak , kesian suami jaga isteri dia time tu >___________<

Unknown said...

Wasalam Sheila. ada adik Shakira sorang tu yang form 2. Hmm tak apa la ada Sheila ada hubby, kita tak ada :)

lia said...

hosp klang adlh plng tkot nak p... mcm2 benda x best pernah jd kat c2 hu3

Unknown said...

lia
huhu yeke? kenapa yang?

Yu. Syamz said...

Assalamualaikum...

sakit adalah satu ujian dan tanda kasih sayang Allah..

moga2 diberi kesembuhan seperti sediakala..aamin..

Nadia Johari said...

sentiasa jaga diri ok

Unknown said...

masuk spital memang tak besh
huhuhuhuhu

:(

✿INA AINAA✿ said...

kesiannyaaa kat akk.. hurmmm sekarang ni dah okay kan kak??? ena tak suka duduk hospital sbb makanan tak sedap... huaaaaaaaaaaa tapi nanti kerja kat hospital juga.. adeiii

ayut said...

kena suspek denggi lani ea....biasa mmg akan masuk air jela...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013