Dibenarkan Bernikah

Alhamdulillah.

Tadi ni Shakira baru je balik dari Pejabat Agama Daerah Klang (PAIDK). Buat apa situ? Hehe buat apa lagi kalau bukan hantar borang permohonan nikah. Teringat kenangan kursus kahwin dengan En Hamdan kat situ juga, bulan April lepas :)

Tengahari lepas lunch tadi baru Shakira gerak. Sampai sana pukul 2:40 macam tu. Tengok ramai orang berkumpul depan pintu, rupanya kaunter masih tutup. Yalah, hari nikan hari Jumaat. Waktu lunch mesti lebih panjang daripada hari biasakan. Kat mana-mana tempat pun macam tulah, so dengan sabarnya Shakira pun join menunggu depan pintu. Hehe.

Dalam pukul 2:50 macam tu pintu kaunter dibuka, lega rasanya. Yalah, lenguh kaki ni berdiri lama-lama. Shakira pula pakai high heel hari ni, menahan jelah muka. Huhu sampai dalam je, terus ramai-ramai beratur depan kaunter pertanyaan. Masing-masing dengan urusan. Lepas bagitahu tujuan datang pada petugas kaunter tu, terus dapat nombor dan duduklah sebentar sementara menanti nombor anda dipanggil ya. Haha perkara biasa :)

Lama tak lama jugalah prosesnya, boleh dikira berapa kali Shakira menguap. Haha mengantuk tau menunggu giliran ni. Proses semak borang dan lampiran tu sekejap je, tak sampai 15 minit pun. Cumanya proses menunggu kebenaran nikah tu dicetak. Tu yang lama sikit. Masa tulah mata Shakira ni penuh dek syaitan bergayut. Haha sabar jelah.

Alhamdulillah, senyum sampai ke telinga bila nama dipanggil dan diberikan surat kebenaran bernikah. Bersyukur tak terkata. Yalah, harus diingatkan ya semua. Kalau kita buat persiapan kahwin yang lain bagai nak rak, kalau surat kebenaran bernikah ni tak ada memang sia-sialah semua persiapan. Kebenaran bernikah tu memang benda nombor satu, paling penting tu. Ingat ya. Hehe.

Boring korang baca tak ada gambarkan? Asyik membebel je. Hehe sorrylah, card reader tak bawa. So, Shakira tak boleh nak masukkan gambar dalam PC ni. Esok ya. Shakira akan buat entry step by step mengenai prosuder permohonan bernikah. Ok?

Sampai sini je, penat tak hilang lagi ni. Tapi apa nak buat, ghairah nak menaip entry tak terkawal. Haha bye!

13 comments:

Story Nadya said...

Alhamdulillah selesai satu perkara^^

Mrs NurulAsyraf said...

Semoga dipermudahkan semua urusan Shakira:)

Unknown said...

alhamdulillah..settle dah urusan ni

Sheila Salim said...

Assalamualaikum yangg, alhamdullilah. lega dengar settle sudah surat kebenaran :)

Wanie Masduki said...

tak sabar nk tgu shakira share..mane tau nti bole jadi panduan utk akak..best friend akak pun nak kawin x lame lagi..nti bole tlg nasihat die prosedur ni sume..hehe

Sofea said...

dibenarkan bernikah.. tpai belum sah lagi tau.. just peringatan

isz77kha said...

Alhamdulillah...semoga segalanya dipermudahkan =)

Zawiah said...

pas ni leh la tgk photo shakira nikah ... sabar menanti ...

Unknown said...

dah boleh kawen dahhh..tehehe

Kai Ssi said...

alhamdulillah...
tahniah...
semoga semua urusan berjalan lancar..

http://abgdude.com

Princess Feyqa said...

syukur dh selesai bnda pntg..

Earnic said...

Kahwin warga asing ke warga Malaysia sis? Kalau warga asing ya Allah punyalah stress prosedurnya. nak give up pun ada.

Nadia Johari said...

yeahh boleh kawin dah..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Rights Reserved : LOTS OF LOVE by SHAKIRA since June 2013